Tuesday, June 16, 2009

UNFINISHED BUSINESS!!

Alhamdulillah...urat-urat saraf yang mengelilingi otak dan kepala ni dah agak kendur sikit...kurang tegang...maklumlah dah habis satu episod minggu exam anak-anak...esok Luthfil tak ada paper (serius!..mcm exam kat UiTM je ada hari ada paper, ada hari tak ada paper)...

Nadhrah pulak ada satu je lagi oral exam...General Knowledge! tapi subjek tu hanya berkisar...Types of Occupation, Differences between Hot and Cold things, Types of Transportation, Foods that we eat etc...

Minggu depan pulak tegang balik urat saraf ummi ni sebab Luthfil ada 3 written exams...kira berat lagi dari minggu ni. Nasib baik ada 2 hari weekend...so ada masa review balik...

Nadhrah dah boleh santai sebab dia ada Rhymes and Coloring exam aje next week...so mewarna aje la mek tu weekend ni...dan menyanyi (yg dia suka la tu). Sekarang ni pun asyik menyanyi...

Abahnya dalam dua minggu ni tak senang duduk...ada unfinished business!...InsyaAllah by malam ni harapnya the business is done yea. Kesian asyik asyik ke Dammam asyik asyik ke Dammam....nasib baik abah tak demam dengan kerenah birokrasi perniagaan di Arab Saudi ni. Hebat la Haswadi tu....selamba dan rileks aje walaupun ummi dengar cerita dia tu boleh naik darah ummi ni, tapi abah maintain je...walaupun hampir selang sehari ke Dammam tu...balik rumah dah lewat.

Hari ni seperti biasa cuaca panas di Jubail. Tapi ada angin sepoi-sepoi bahasa sekali. Bila lah nak hujan (mimpi di siang hari!). Di Malaysia, khabarnya teramat panas juga, suhu tak seperti biasa...tapi panas yang humidity tinggi...maknanya kelembapan tinggi!...so melekit sana melekit sini la ye. Di Jubail ni panas kering dan garing....masak! So apa lagi terperap dalam rumah aje la. Nak keluar pun pasti menunggu tiba waktu malam. Masih panas lagi tapi tidaklah dengan pancaran matahari terik tu.

Apa la cerita hujung minggu ni. Katanya ada misi ke 'khemah'...tapi semuanya senyap belaka. Mungkinkah sedang merangka 'strategi'?...atau membuat analisis?...bagaimana mahu menerjah ke khemah tu?
Terasa rugi kalau tak jengah sebab 'khemah' akan dibungkus dalam sehari dua lagi ni...melepas le pada yang ada 'hajat'....tak kesampaian la pulak.

7 comments:

MommYaLif said...

ada apa ya kat 'khaimah'tu? is it yg dekat panda/giant tu ke? aiyoo so backdated lah me ni kan! the other halfnya UB must be saiyyarah related ke? sabar2 nj.

nj said...

sis...
betul!...kisah khemah yang tak habis2 lagi tu...sebenarnya norma tak membeli satu benda pun lagi kat situ...jumaat nak tutup :(

emm..'saiyyarah' tu apa ye? Mafi Arabic la sis...

Anonymous said...

mesia tengah jerebu ghitewww.. uhuhu

nj said...

en_me...
jerebu plak ye...baik-baik nanti sesak hidung...

Neeza Shahril said...

Norma, khaimah=khemah. Saiyyarah=kereta.

tolong sibuk sket kak CT takpekan.. ;)

khamis mlm nmpk cantik tu.. ok kan Norma.. kita serang abg egypt hehehehhh..

Neeza Shahril said...

Uridu kabeer saiyyarah!!!

*I want a big car...

heheheee...

nj said...

neeza...
harap ada lagi khamis malam tu takut tinggal khaimah je.
InsyaAllah I'll bring big saiyarrah...hehehee