Terima kasih kak Ina beri 'tag' ini...lama dah tak jawab menjawab ni. Tapi macam tak lengkap sebab Norma tak ada letak nama 6 orang yang akan ditag selepas ini. Norma suka je jawab soalan tapi nak tanya orang tak sampai hati pulak. Aci ke?
1. Nama-nama timangan anda?
Kalau di Sentul tu masih memanggil gelaran "Adik" sebab Norma anak bongsu...anak-anak selalu gelakkan sebab ummi dipanggil "adik"..
2. Anda seorang yang??
Peramah, garang, tegas, InsyaAllah buat sesuatu perkara dengan ikhlas hati...
3. Insan yang teristimewa??
Mak dan arwah Abah, Suami dan anak-anak...tiada tolok bandingnya...
Describe apa yang membuatkan dia terlalu intimewa dimata anda?
Mak dan abah yang memberi peluang Norma melihat dunia dan menjadi Norma yang sekarang ini.
Suami...seorang insan yang menerima Norma seadanya dan hidup bersama susah senang...Alhamdulillah...
Anak-anak...bukti kasih sayang yang tiada sempadannya...
4. Lagu kesukaan anda??
Alamak...layan je semua jenis lagu...baru ni dengar R. Azmi dalam internet...sedapla pulak lagu dulu-dulu ni
5. Makanan kesukaan anda??
Asam tumis, sambal belacan, laksa, tom yum, dan Alhamdulillah apa sahaja yang halal dan boleh dimakan...tolak batu dengan kayu je ye...
6. Warna kesukaan anda??
Purple??? Bukan...tu nama blog aje...Norma suka BIRU
7. Sikap yg membuatkan anda Stress??
Pemalas
8. 3 benda yang mesti ade dalam Beg anda??
Dompet, telefon bimbit dan kunci rumah...
9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa??
Minggu lepas rasanya...sebab anak ketiga tu demam...Norma akan menangis setiap kali anak tak sihat...tak tahu kenapa...mesti nangis punya...
10. TAG 6 Rakan anda...nak suruh cari ni yang payah...dah ramai dah buat tag ni.
Alamak...nak skip soalan ni boleh tak? Aci ke tak aci?
0 comments:
Post a Comment