Saturday, June 13, 2009

MARI KE SALUN...

(Gambar atas bukan gambar kedai yang sebenar!)
Ini satu hebahan percuma kepada semua kawan-kawan hawa norma di Jubail especially di area Mahdood ni. Norma telah menemui satu kedai @ salun @ spa @ rumah urut @ facial @ body treatment yang sangat berdekatan dengan rumah norma ni...tapi untuk WANITA sahaja!
Nama kedai tu ORCHID SALOON, terletak sepelaungan dari Panda Kecil... kalau dari rumah norma jika berjalan kaki ke Panda tu akan lalu di hadapan kedai tu dulu. Maknanya Norma boleh gi jalan kaki je la ke kedai tu...
Actually selalu dah melihat kedai 'terkurung' tetapi meriah dengan lampu setiap malam. Wonder juga apa la agaknya.
Tadi malam balik dari mengambil Luthfil kelas Arab, Haswadi stopped by di kedai tu untuk benarkan norma pergi dan menanya.
Tak sangka canggih jugak salun kat dalam tu...macam-macam kelengkapan disediakan. Minuman sejuk juga dijual kat dalam kedai tu...
Tuan kedai, wanita Arab manakala pekerja saloon ialah 2 orang wanita Filipina....vogue lagi! Salah sorang nama pun NORMA juga.
Melihatkan senarai perkhidmatan yang disediakan memang lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki.
Gunting rambut dikenakan SR35,
Cuci rambut SR10,
Set rambut pun boleh...macam2 stail..SR100 ke atas.
Facial kalau tak silap SR45...
Bila tanya jenama apa yang di pakai...mereka kata 'rahsia'... tak jual kat kedai...bila tanya halal ke tidak? HALAL!!! kata mereka.
Waktu perniagaan dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Waktu solat, tutup seperti biasa. Nombor telefon kedai juga mereka bekalkan.

Bila dapat tahu peluang sebegini, memang gembira juga hati ni, memandangkan norma baru sahaja di sini dan tak tahu ceruk dan pelusuk perkhidmatan-perkhidmatan yang khas untuk wanita di Jubail ini.

Sementelah, masing-masing tahu bahawa pergerakan kaum hawa atau wanita amat terhad di bumi Arab ni...dan sekali sekala terasa teramat peritnya. Tidak bebas seperti di kampung halaman sendiri. Ini antara cabaran dan dugaan merantau di negara orang...tetapi tiada apa yang lebih baik daripada tanahair sendiri....oh rindunya Malaysia!

0 comments: