Kelmarin 19 Jun 2009 sahaja, 8 kes baru dikesan yang mana semuanya melibatkan individu yang travel dengan kapal terbang dari pelbagai negara. Setakat ni tak ada baca lagi yang terbang dari Timur Tengah...samada menaiki Qatar Airways, Eijtihad, Gulf Air mahupun Saudi Airlines...Alhamdulillah...
Tapi nak kena juga berhati-hati. Di rumah ni, kelmarin 3 beranak ke Al Manar Hospital, batuk dan selsema. Nadhrah seorang sahaja yang demam, ummi dan Haikal batuk dan selsema. Seperti biasa Luthfil Hasif dan abah memang tegar penyakit...mereka berdua ni mempunyai antibodi luar biasa, jarang sekali sakit mahupun demam, cuma abah dengan resdungnya yang tak sudah sudah...sejak dari kecil lagi...so abah dah 'immune' dengan 'sinus' nya...
Risau juga tetapi yakin yang kita ni tak keluar dari rumah mahupun Jubail pun semenjak dua menjak ni.
Doktor kata wheather-fever...demam ikut cuaca. Memang panas dan adakala berdebu kat sini, jadi kesihatan pun sikit terjejas. InsyaAllah nak pulih cepat...terutama Nadhrah yang tak ke sekolah pagi ni sebab masih demam...
Kita baca sikit 8 kes yang dikenal pasti semalam sahaja di Malaysia...semuanya melibatkan individu yang masuk ke Malaysia melalui pengangkutan udara...siap dibekalkan nombor tempat duduk supaya yang menaiki penerbangan bersama mereka ini berhati-hati dan mendapatkan rawatan awal untuk mencegah daripada berjangkit...
Sumber: Utusan Malaysia
“Lapan kes terbaru iaitu daripada kes ke-28 hingga ke-35 itu disahkan selepas menunjukkan gejala demam serta batuk dan kini diberikan rawatan antivirus serta dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Ismail berkata, kes ke-28 merupakan pelajar perempuan rakyat Malaysia berusia 20 tahun, menaiki penerbangan MH 091 (tempat duduk 55H) dari Chicago dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi, 15 Jun lalu.
Katanya, kes ke-29 ialah pelajar perempuan berusia 11 tahun, warganegara Thailand menaiki penerbangan MH 785 (tempat duduk 30E) bersama 43 orang yang lain, bagi perlawanan persahabatan sukan.
Tambah beliau, kes ke-30 pula wanita berusia 50 tahun, warganegara Australia datang ke Malaysia untuk bercuti menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 10G) dari Melbourne.
Menurutnya, kes ke-31 melibatkan wanita rakyat Malaysia berusia 58 tahun yang juga menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 22B) dari Australia bersama 11 ahli keluarga yang tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada pukul 7 pagi, 16 Jun lalu.
“Kes ke-32 wanita rakyat Malaysia berusia 30 tahun, bekerja di London sejak 2008 pulang ke tanah air menaiki penerbangan MH001 (tempat duduk 62D) tiba di KLIA pada pukul 5.30 petang, 15 Jun lalu,” katanya.
Mohd. Ismail berkata, kes ke-33 melibatkan perempuan berusia 15 tahun berada di Melbourne, Australia dari 27 Mei hingga 15 Jun lalu menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada pukul 7 pagi.
Menurutnya, kes ke-34 merupakan suri rumah warga Filipina berusia 30 tahun menaiki pesawat MH 705 (tempat duduk 20A) dari daerah Naguilian Quecun, Filipina pulang ke Malaysia pada 14 Jun, pukul 8 malam.
“Bagi kes terakhir melibatkan lelaki berusia 20 tahun mengikuti pengajian di Universiti Melbourne, Australia pulang ke Malaysia menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 43H) dan tiba di LCCT pada 15 Jun, pukul 7.15 pagi,” katanya.
Semoga Malaysia cepat 'pulih' dari serangan virus ini, maklumlah ahli keluarga tersayang dan rakan taulan semuanya di Malaysia. Diharap semuanya mengambil langkah-langkah berjaga dan cegahlah dari ke tempat-tempat yang terbuka dan mudah tersebarnya virus sebegini...
5 comments:
bagus gak dia sertakan nombor tempat duduk kan.. at least pihak berkenaan ambik berat sikit.. seperti sembur dettol banyak2.. hahaha!! terpengaruh iklan ni..
Alhamdulillah, flight dari timur tengah takde lagi.. risau gak ni.. doakan kami selamat pergi dan pulang ya Norma..
neeza...
InsyaAllah, dari sini tak ada apa-apa... Selamat semua hendaknya...
psl h1n1 ni, xphm.
nk mrh xboleh sbb major, student dr overseas nk blk m'sia jumpa family.
tp, lg mrh, bila org mesia sendiri org tgh duk risau, boleh travel sana sini esp kt negara yg de h1n1.
konon, cuti sek, nk jgk berjalan.
susah kan nk control benda ni kalo diri sendiri xnk amk berat, pk nk snang je.`
salam...
kak norma..ni bkn nak kasi gempak tp di cni virus h1n1 sdh dikesan cuma bbrp ratus meter sajer dr rmh sayer...iaitu di McDonald, Jubail...so hrp beware...n jgn bl McD kat c2....
sekian laporan...
smg anak2 kak norma cepat sembuh..amin..:)
fatin...
memang cuti sekolah baru ni sakan saya dengar pensyarah UiTM Dungun yg gi bercuti...harap they all okay!
leeza...
ye ke tu? Alamak 'seriau' dengar.. Tu la...nak kena stop activity jln2 tempat org ramai kalau cam tu..TQ for the info!
Post a Comment