Wednesday, June 27, 2012

TIME TO THINK...

Peringatan:  ISU sedikit PANAS!  Membaca dengan berhati-hati okay


Kenapa saya menulis blog?

Siapa target reader blog saya?

Apakah tema atau skop penulisan saya di blog?

Jika saya menulis pengalaman peribadi, dan kongsikan dengan pembaca...salah ke?

Kalau dah kata peribadi, kenapa letak kat blogspot.com?

Kalau pembaca baca dan tak puas hati, apa tindakan susulan saya sebagai penulis?

Pembaca ada hak ke nak persoalkan niat dan tujuan penulis blog menyampaikan sesuatu?

Tulisan saya perlu capai 'tahap piawai' pembaca ke?

If at any situation my readers are people smarter and better than myself, should I care?

Last but not least, do I get paid for anything I write here?

Tuesday, June 26, 2012

JIS Yearbook 2012...



Sekarang ni musim cuti sekolah di sini sudah pun bermula, maka di rumah ni bagaikan pesta kanak-kanak.  Maka bermulalah episod ummi yang akan busy like a bee. More busier than usual. 

Sekali sekala tu ada juga 'pause' moment mereka ni...kalau leka melayan game, TV atau komputer...senyap sunyi.  Bila keadaan atau game sudah membosankan...automatically hiruk pikuk...haishhhh...sabar je la.

Kelmarin abah dah ke sekolah untuk mendapatkan keputusan akhir peperiksaan untuk 2011/2012...Alhamdulillah pencapaian anak-anak memuaskan hati.  Kelmarin juga abah gi collect JIS Yearbook.  After more than 3 years in the school, this is the first time we get to see a yearbook.  Di Malaysia, rasanya...setiap hujung tahun mesti sekolah keluarkan School Yearbook ni kan?  Ke kadang-kadang aje?  Masa zaman sekolah Norma dulu, Yearbook dikeluarkan sempena sambutan Jubli Perak, Jubli Emas sekolah...  JIS keluarkan tahun ni tak pasti pulak sebab apa, mungkin dah tahu kut yang Haswadi's children will be leaving the school soon...hihihi.  Banyak cikadak pulak ya...  Yearbook ni bukan percuma, setiap keluarga boleh  mendapatkan satu naskah sahaja dengan harga SAR100!  Zaman ummi sekolah dulu, tak silap RM25 jekk...

Yang terlebih excited...ummi nya sendiri, ye la...tahun ini merupakan tahun terakhir kami di sini, jadi sangatlah sesuai untuk dibuat kenangan apabila kembali ke tanahair nanti... :-(   Akan ummi simpan rapi dan pastikan ianya ada sehingga anak-anak ni nanti dah besar, beranak-pinak ...hihihi.  Sekurangnya ianya tanda kenangan yang mereka pernah berada di bumi Saudi dan boleh melihat kembali wajah-wajah rakan sekelas mereka walaupun entah bila kan bertemu kembali.  
Ianya bakal menjadi satu memeori indah buat mereka tatkala mereka sudah dewasa.  Dan pada ketika itu, ummi teringin melihat masing-masing tersenyum puas mengenangkan pengalaman yang mereka lalui sewaktu kecil, kalau lah ummi panjang umur lagi untuk menyaksikan itu....ALLAH.  Aduhh ... habuk masuk mata pulak. 

Muka depan Yearbook...biru...tema Facebook ke ni?
Kelas Haikal...tapi Haikal bukan ketua kelas...kebetulan kami pakaikan beliau talileher untuk sesi bergambar...yang lain tak bawak gamaknya...dapatlah Haikal duduk tengah-tengah...hikkss
Kelas Nadhrah, yang bertudung comel tu...hihihi
Kelas Luthfil...kancing baju sampai kat dagu ke??  Yang berdiri di barisan kedua dan berada di tengah tu...
Antara kandungan dalam Yearbook...
They have some pretty quotes in the book. 

Sunday, June 24, 2012

UNEXPECTEDLY INVITED...

Last night unexpectedly I attended a small party with a few Saudi women.  This was not my first, a few times I did managed to mingle in a locally organized women's party here in Jubail.    Last night was just another experience where I got to meet a few local women all with fancied dresses and faces flawlessly touched up with some make-ups...unlike what we usually see in public, the Saudi women will always have abayas over their body and you hardly can look or even stare at their faces because of the 'niqab' (face cover) they would normally put on.

They were a group of one middle-aged mother with two very young beautiful ladies in their 20s, despite of their body sizes whom are a couple of sizes larger than I am and a middle-aged woman with a cute little daughter.  The host was an Indonesian-Saudi woman that I just met.  I wish I could take some photos at the event, but as usual a photo is a no no when you are in the ladies party here in Saudi, it is prohibited to take photos of these Saudi women since they were all are not covered properly when they are amongst ladies only.
 
We were served with a very generous big plate of rice dish called "masyhol" (hope I spelled it correctly, it was all about phonics pronunciation here in Saudi ...hihihi) that came together with a half of a lamb cooked with a very special curry-like paste and it was so delicious I tell ya.  There were also pasta salad mixed with flat parsley and mayonnaise, chicken samosa, homemade pizza, waraq enab; stuffed rice in vine leaves,  a special gravy made out of mint and coriander and of course canned soft drinks!  A very popular drink served every time with meals here in Saudi...no water or hot tea, mind you....hikksss.  Those food were plentiful for the six of us...Alhamdulillah.
Later we were served with a fruit cocktail, all fresh and juicy.  There were apples, bananas, pineapples, mangoes and cherries cut into small cube sizes served with a big bowl of cold freshly pureed mango juice.  Yummy!  

I was all tired and full and finally got home at 12.20 midnight.

Saturday, June 23, 2012

SESEKALI KU BERSUARA...DIAM TAK SEMESTI SETUJU...



RM520,000 untuk sekeping plet kereta WWW 1 .... itu yang dikejarkannya.  Alahai...buat jadi buah mulut orang, fitnah memfitnah , kutuk mengutuk yang tiada kesudahan. 

Dah memang Tuanku kaya raya dan berprestij...tak perlulah di gembar-gemburkan kisah itu kan? 

Rentetan kisah ini, banyaklah komentar-komentar panas berapi di dalam laman FB.  Naik geram juga membacanya.  Baik yang menyokong, banyak yang menentang juga.  Kalau ada yang komen negatif, diheretnya kita dengan pelbagai bukti itu dan ini. Yang komen positif pun tak kalah...menyanjung tinggi usaha Tuanku mendapatkan nombor itu...alahai.

Macam dia pulak yang bayar 520 ribu beli nombor tu...haishhhh....tak perlulah berhempas pulas nak back-up Tuanku, kalau orang lain beri pendapat menyatakan ianya membazir...biarlah.  Yang awak tu duk sibuk hujah itu ini, apa hal?  Tuanku bayar royalti ke?  Duduk diam-diam dan jalankan kerja dan amanah tugasan tu baik-baik.  Lain lah orang yang sedang bercuti tanpa gaji ni...hihihi.

Pada yang lain yang tak mampu nak BELI nombor 'bertuah' tu, janganlah dengki pulak...ALLAH dah takdirkan sebegitu kisah hidup Tuanku.

Memang nombor cantik tu ... dah rezeki Tuanku, yang lain-lain tu duduk diam-diam aje boleh?

Tapi Tuanku perlu juga ingat...plet kereta tu tak boleh letak atas makam Tuanku nanti, bida'ah kekdahnya...oppsss

Allahu Akbar!


*peringatan:  mohon maaf, artikel ini ditulis tanpa ada kaitan dengan sesiapa, hanya sekadar meluahkan pendapat diri sendiri...

Friday, June 22, 2012

REVISION...IMPROVEMENT..MUMTAZ!


Jika kita ada kemahuan ...pasti ada jalan.  
Waemah sekali pun hanya nak membuat si jala emas.

Pertama kali buat walaupun menjadi tetapi tidak seperti yang diharapkan, ingin mencuba lagi dan usaha mencari kaedah terbaik mendapatkan 'jaringan' jala yang halus mulus...

Inilah hasilnya...


Okay, Norma boleh tidur lena lepas ni...hihihi

Monday, June 18, 2012

SELAMAT HARI LAHIR MAK...

Hari ini...18 Jun 2012, genap usia mak Norma 61 tahun.  Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT kerana memanjangkan usia mak.  Semoga dapat terus beribadat kepadaNYA.

Buat mak, Hajjah Rahmah Dagang, tiada hadiah yang lebih istimewa buat mak yang dapat 'adik' berikan melainkan doa yang 'adik' titipkan buat mak setiap masa.  Semoga ALLAH pelihara kesihatan mak dengan baik.

Terima kasih kerana melahirkan 'adik' dan membesarkan 'adik' sehingga menjadi apa yang 'adik' ada sekarang.  Sungguh besar jasa-jasa mak dan arwah abah untuk kami dua-beradik.  Semoga ALLAH memberkati dan merahmati kehidupan mak sehingga ke syurga, amin.

PROJEK 001


Projek 001....wahhh  ada projek khas ye cik Norma??

Antara perkara yang menghiburkan hati Norma ialah berada di dapur...

Ni lah hasil kalau hati suka...bunga-bunga cinta tercipta...

To cut short, Norma menyiapkan tempahan 50 biji bluberry cheesetart daripada seorang sahabat di sini.  Norma akui, ianya bukan hasil yang hebat, namun cukup untuk memenuhi permintaan, Alhamdulillah...  Cuma kalau Norma ada acuan tart, teringin membuat 'shell' sendiri, seperti biasa...yang ini Norma beli dah siap.  Lebih mudah dan ringkas, but nothing can beat a fresh homemade tart shell, uishhhh verangannnnssss (pinjam frasa tn hj en_me) kikikikkkkk

 Hasil lukisan belajar dari blog |Intan'sKitchen| tidaklah sukar untuk melakarnya...
 Tart yang telah siap dilorek...comel juga ya...mulalah nak me-reka cipta lakaran2 yang lain pulak...
 Cheesetart yang sudah dibakar...nyum nyum
 Agak kurang sempurna lagi...perlu perbaiki lagi skill yang ada...
Ni satu lagi design yang sama pernah Norma buat sebelum ini...pohon dedalu...hihihi...ye ke? Ta tau laaa

Thursday, June 14, 2012

THE ROYAL PUDDING WITH THE GOLDEN NET....


Belasah ajalah kan nama Inggeris si Puding Raja ni.  Siang malam termimpi-mimpi nak buat dan nak makan si puding raja ni.

since last night I have completed the first step, this afternoon managed to put all things together, Alhamdulillah.

Lets take a look at the following step by step photo of the whole process.  Really hope I am doing it right the royal way...hihihi

Kalau ada lah orang Pahang yang baca ni dan biasa buat kuih ni, tolonglah betulkan resipi dan penyediaan puding raja ni ya... ;-)


 The sliced butter fried bananas, all aranged at the bottom of the bowl
 Then layered with the Jala Emas I have prepared earlier.  Not the finest one, yet so so lah for a first timer like myself.
 These are all the nuts and dried fruits available in my kitchen that can be used for the puding raja.  I guess you can use others as well like pine nuts, peanuts etc.  *The walnut was not a good choice, so I omitted that. 
 tadaaaa.....meriahhhhsss....looks so cheerful eh? The cherries really make it looks so colorful..
Last but not least, the custard sauce...you need to pour it onto the pudding when it is ready to be eaten. Yummy!

Wednesday, June 13, 2012

GOLDEN NET

One thing that I couldn't live without when it comes to cooking is to read on and search details of what I am making.  As simple as a  batter of the fish n chips recipes to baking cheesecake, and tell ya...my most recent ice cream CONES..a good self-pat to myself, I would definitely make sure that I have everything on hand...be prepared for the worse...all the time.

How many a times that I did and made a recipe...and it didn't turn out as expected...sighhhh.  I've had a deeply frustration over cheesecake a few years ago...and I thought I have given up.  Well..it's me...I took up challenges pretty easily...

To cut short as I am not a creative writer...I just write as I wish.  Tonight is just another night that kitchen assignment filled my time.  I am done with the cone-thing during the day, Haswadi loves it so much...and I am proud of myself..well okay once in a while flattering thyself is no harmful at all.
I have always wanted to make  this one type of traditional Malay sweet or treat...the Puding Raja.  What is it?  I'll tell you about it once I got everything on the plate...till then go google okay. 

First introduced to me a few years back by a dear friend.  I was make known it is the most popular sweet  or kueh amongst the royal family in Pahang...that is why it is called Puding RAJA...go figure.

Always wanted to prepare it myself.  Just recently a friend of mine here in Jubail gave out the recipes and it truly tempted me to do it.  It consist of layers of butter fried sliced bananas, the jala emas (golden net), and topped with nuts, raisins, cherries (dried) and served with custard sauce.  I did  looked around in the net for other variations or even if there is a step-by-step video or photos that could show me.  I managed to find a few blogs that talked about it. Yet I still prefer to stick to the recipe given by a friend here in Jubail.

This what happened tonight right after I put Noorah to sleep...she has not been sleeping since noon...oh my Noorah.

The first thing that you need to prepare before assembling the Puding Raja is to make the Jala Emas.  Made from egg yolks and pipe it in a boiling plain sugar syrup.  This I would say the most critical part of the whole process..hihihi.
 
This batch was not the finest one I supposed...as for my first attempt, I felt much more than satisfied...it works.  The egg yolk should be like threads of angel hair pasta.  Mine turned out a little curly...hehehe.   You need to use a special mold for this, I don't have it...even a piping bag.  What I did was to use a storage plastic bag that I cut a small tip at the corner and use as the piping bag...

Once drained from the sugar syrup, I lined up the 'jala'...couldn't get it more presentable...all sticky and hot..  And the next thing is to prepare the butter fried bananas...I will do it tomorrow.  Have to call it the day....till then ...

Apesal kuih melayu cerita omputih ni?  tadi buat cone bukan main melayu lah sangat...like I said earlier, "I am not a creative writer, I write as I wish,"  ngeh ngeh ngeh..

CONE ais krim la pulakkkk

Tak pernah terfikir dan terbayang...boleh buat 'cone' ais krim sendiri.

Memang apabila dalam keadaan terpaksa, selalu kita boleh buat dan laksanakan sesuatu...teringat balik entri pasal Kerna Terpaksa dulu...hihihi
Malam kelmarin Haswadi beli 4 liter ais krim di HyperPanda di Jubail Balad....nak jamu anak-anak hujung minggu ni...summer kan kat sini.  Pekena ais krim memang nyaman.

Dah usai beli-belah, terlupa nak beli 'cone' ais krim.  Tapi kereta dah bergerak, so we decided to look at Panda Huwaylatt Mall pulak.

Aduiii, tak ada rezeki...habis Haswadi kata! Suka bebenor la makan aiskrim panas-panas cenggini la kan.

Sampai di kereta, Haswadi tanya, "cone ais krim boleh buat sendiri ke?" 
"errrr....google jumpa kut," jawab Norma (dalam hati dah agak...ni akan jadi task terbaru...buat cone sendiri)

"Makan dalam cawan je la bang," jawab Norma lagi.  Tapi dalam kepala ni dah berputar nak meneruskan misi membuat cone sendiri...hihihihi



 Ni hasilnya...nyamannnn.
Tapi ...rupa cone tak 'semedang' aka tak berapa nak cantik, Alhamdulillah, rasa sedap dari yang biasa kita beli tu.  Bila makan dengan ais krim...waduhhh...tak terkata enaknya....okaylah...tak mo cerita banyak...nak gi makan lagi aiskrim dan cone yang sedap tu...bye bye....



Monday, June 11, 2012

TART PULAK...

 Noorah dah 4 bulan.  Gambar kelmarin sebelum dicucuk immunisasi...headband tu untuk bergambar je, sekejap aje dah rengek macam tak suka benda tu kat kepala dia...haishhhh cemana anak ummi nak melaram nih?
 Senyum sikit je ...macam senyum pahit...hihihi.  Agaknya dah dapat rasa nak kena cucuk 2 jarum pagi tu...adussss....
Sesi menghiburkan hati...membuat kuih muih lagi petang kelmarin...kali ni Blueberry Cheesetart, pernah belajar dulu dengan Kak Zura rakan di Jubail ini.  Tapi 'tart shell' tu beli dah siap kat PANDA...hihihi.  Alasan kukuh, acuan tart tak ada daaa.  Cheese filling je buat sendiri...

Petang ni kuih apa pula cik Norma??  Ada juga....kebetulan kami sekeluarga berpuasa hari ini.  Lauk-pauk dah siap, kek coklat pun dah siap. Hari ni kurma ayam dan sambal tumis ikan tongkol...Alhamdulillah.  Gambar tak ada sebab semua duduk dalam periuk, tunggu waktu berbuka baru boleh hidang...hihihihi.

Saturday, June 9, 2012

P.I.E

Semenjak dua menjak ni...Norma sibuk lerr...selain dengan sibuk hal-hal anak-anak...sibuk dengan aktiviti Jumanisaa...dan yang penting sekali sibuk duduk kat dapur....kalau ummi tak sibuk kat dapur...tak berasaplah jawabnya dapur tu...

Sekarang ni duk sibuk menguli tepung...dalam masa dua minggu ... 3 kali duk mem'pastry' .. jika dah boleh buat...buat ulang kali nak bagi terror. Semuanya gara-gara Food Network yang asyik kalau dilayan, biarlah berulang kali pun...lagi lengkap resipi dapat salin...hihihi

Dek teruja dengan si Ed Baines, Martha Stewart dan Andy Bates kat FN tu...usaha la juga mencuba resipi-resipi selain melayan youtube berulang kali...hasilnya...tadaaaaaa P.I.E....
Selepas jenuh membuat Scones atau English Biscuits , Norma beralih arah kepada membuat pie...terasa satu kepuasan dalam diri apabila dapat mencuba sesuatu yang pada awalnya dirasakan sukar dan susah, tetapi dengan tekad dan azam, impian menjadi kenyataan...tak pandang dah all sorts of pie kat kedai selepas ini, sebab dah boleh buat sendiri...

Bukan semua orang suka makan pie ni.  Makanan omputih katanya.  Tapi kita boleh ubahsuai resipi terutama intinya mengikut citarasa.  Contohnya, sweet pie filling ni tak sah kalau tak letak ground cinnamon dan ground nutmeg, tak mengapa pun kalau tak letak...Norma tak guna pun sebab anak-anak tak suka rasa rempah begitu.

Paling Norma suka apple pie!  Even preparing the apple filling contented me. What more preparing the other component from scratch...the pie crust.  This is Ed Baines recipe; flour, cold butter, salt, egg and iced water. 

 Blueberry Pie...Haikal's favorite, dia kata Tom & Jerry suka pie ni.  Ni cubaan kali kedua, kurang mantap...


Apple Pie..cubaan kali ketiga...nampaknya menjadi betul yang ni...


Tak susah membuatnya hanya menggunakan bahan-bahan yang asas, tetapi rumit sedikit ketika membakar...setelah trial dan error dan mencari tips bagai dalam youtube dan google...Alhamdulillah dapat teknik yang betul, harap-harap menjadi terus selepas ini...

Bukan senang rupanya nak dapat hasil seperti di atas, di luar rangup dan di dalam rapuh bila dimakan....heaven!!!  Alhamdulillah.

InsyaAllah nak buat lagi selepas ini, siapa nak makan??...sila order ya....promosi PERCUMA!!! hehehe