Tuesday, June 26, 2012

JIS Yearbook 2012...



Sekarang ni musim cuti sekolah di sini sudah pun bermula, maka di rumah ni bagaikan pesta kanak-kanak.  Maka bermulalah episod ummi yang akan busy like a bee. More busier than usual. 

Sekali sekala tu ada juga 'pause' moment mereka ni...kalau leka melayan game, TV atau komputer...senyap sunyi.  Bila keadaan atau game sudah membosankan...automatically hiruk pikuk...haishhhh...sabar je la.

Kelmarin abah dah ke sekolah untuk mendapatkan keputusan akhir peperiksaan untuk 2011/2012...Alhamdulillah pencapaian anak-anak memuaskan hati.  Kelmarin juga abah gi collect JIS Yearbook.  After more than 3 years in the school, this is the first time we get to see a yearbook.  Di Malaysia, rasanya...setiap hujung tahun mesti sekolah keluarkan School Yearbook ni kan?  Ke kadang-kadang aje?  Masa zaman sekolah Norma dulu, Yearbook dikeluarkan sempena sambutan Jubli Perak, Jubli Emas sekolah...  JIS keluarkan tahun ni tak pasti pulak sebab apa, mungkin dah tahu kut yang Haswadi's children will be leaving the school soon...hihihi.  Banyak cikadak pulak ya...  Yearbook ni bukan percuma, setiap keluarga boleh  mendapatkan satu naskah sahaja dengan harga SAR100!  Zaman ummi sekolah dulu, tak silap RM25 jekk...

Yang terlebih excited...ummi nya sendiri, ye la...tahun ini merupakan tahun terakhir kami di sini, jadi sangatlah sesuai untuk dibuat kenangan apabila kembali ke tanahair nanti... :-(   Akan ummi simpan rapi dan pastikan ianya ada sehingga anak-anak ni nanti dah besar, beranak-pinak ...hihihi.  Sekurangnya ianya tanda kenangan yang mereka pernah berada di bumi Saudi dan boleh melihat kembali wajah-wajah rakan sekelas mereka walaupun entah bila kan bertemu kembali.  
Ianya bakal menjadi satu memeori indah buat mereka tatkala mereka sudah dewasa.  Dan pada ketika itu, ummi teringin melihat masing-masing tersenyum puas mengenangkan pengalaman yang mereka lalui sewaktu kecil, kalau lah ummi panjang umur lagi untuk menyaksikan itu....ALLAH.  Aduhh ... habuk masuk mata pulak. 

Muka depan Yearbook...biru...tema Facebook ke ni?
Kelas Haikal...tapi Haikal bukan ketua kelas...kebetulan kami pakaikan beliau talileher untuk sesi bergambar...yang lain tak bawak gamaknya...dapatlah Haikal duduk tengah-tengah...hikkss
Kelas Nadhrah, yang bertudung comel tu...hihihi
Kelas Luthfil...kancing baju sampai kat dagu ke??  Yang berdiri di barisan kedua dan berada di tengah tu...
Antara kandungan dalam Yearbook...
They have some pretty quotes in the book. 

0 comments: