Monday, June 18, 2012

SELAMAT HARI LAHIR MAK...

Hari ini...18 Jun 2012, genap usia mak Norma 61 tahun.  Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT kerana memanjangkan usia mak.  Semoga dapat terus beribadat kepadaNYA.

Buat mak, Hajjah Rahmah Dagang, tiada hadiah yang lebih istimewa buat mak yang dapat 'adik' berikan melainkan doa yang 'adik' titipkan buat mak setiap masa.  Semoga ALLAH pelihara kesihatan mak dengan baik.

Terima kasih kerana melahirkan 'adik' dan membesarkan 'adik' sehingga menjadi apa yang 'adik' ada sekarang.  Sungguh besar jasa-jasa mak dan arwah abah untuk kami dua-beradik.  Semoga ALLAH memberkati dan merahmati kehidupan mak sehingga ke syurga, amin.

3 comments:

en_me said...

aminn ya robbalalaminn..

nj said...

Terima kasih Tn Hj en_me

shila suhaimi said...

To angah..terima kasih sbb sudi berkongsi emak dengan kitorg satu keluarga besar ni..

Happy belated birthday MAK! :)