Sunday, February 22, 2009

DETIK DETIK INI...

Geram sungguh dengan Internet ni sejak sehari dua ni... Ya Rabbi teramat lambat...apasal agaknya. Acapkali dah ON and OFF laptop ni dan suis wireless tu...tapi still lambat. Nak browse web memang bercinta betul...
Pagi tadi sedang mengemas rumah...mak saudara Haswadi (Mok Su) datang rumah bersama anak sulungnya ...Jijie bakal pengantin baru 15 Mac ni. Jijie ni first cousin Haswadi. Nak dijadikan cerita semasa memula datang Dungun dan mengajar di UiTM tu Jijie ni antara pelajar saya...awal-awal lagi memang tak berapa nak recall "who is who?" in Haswadi's family...dan Mok Su hanya bagi tahu anak dia di UiTM...tup tup saya mengajar Jijie ni yang ketika tu berada di semester 6 dah. 8 tahun berlalu dah nak kahwin dah budak ni. So visit dia pagi tadi sebab sudah menjangka yang kami takkan sempat bersama-sama meraikan hari bahagia beliau sementelah tiket kami ke arab pada 10 Mac nanti. Jijie cuma dapat jumpa saya ajela...Haswadi memang tak sempat langsung...sebab pagi tadi juga Jijie balik ke KL bas jam 11.45pg dari Dungun. Beliau kerja kat KL. Jijie akan balik semula 11 Mac nanti untuk wedding dia. "Jijie, kak norma tak beli hadiah lagi untuk Jie ni...nanti kak norma tinggalkan kat mummy awak ye" kataku pada Jijie ketika bersalam dan berpelukan dengan dia. Anak-anak Mok Su ni 3 perempuan dan seorang lelaki...dan yang perempuan ni memang mesra dengan kami...semuanya peramah belaka macam mummy mereka.
Pagi tadi jugak buat fikiran saya tersentak jugak setelah Mok Su dan Jijie pulang... termenung gak sekejap walaupun mata kat TV, fikiran melayang-layang..."ehh biar betul aku nak berangkat jauh meninggalkan tempat asalku ni...apasal jadi macam sentimental sangat pun tak tahula?" Bila dah ada orang datang mengucapkan farewell dan ucap selamat ni...memang cepat terasa nak sedih...it shows how people really appreciate our presence and suddenly we will be gone very soon.
Patutnya happy sebab sepupu dan ex-student nak kahwin tapi jadi sedih la pulak...dah la tak dapat sama-sama membantu Mok Su pada perkahwinan anak sulung dia ni, nak pergi jauh pulak tu. Saya masih ingat semasa kunjungan menyambut menantu zaman saya kahwin 9 tahun lalu tu...Mok Su ni la orang yang agak sibuk melayan rombongan pengantin dari KL...in fact masa tu first time jumpa dia dan memang terus mesra dengan dia...kira jadi wakil pengantin lelaki la dia masa tu. Lepas daripada tu baru tahu yang Haswadi ada 10 orang lagi mak saudara...perghhh ramai betul. InsyaAllah by now semua (sekarang tinggal 9 orang) mak saudara Haswadi dah memang mesra dah dengan saya. Ke saya yang 'over' mesra dengan mereka...hehehe.
Untuk Jijie.."Selamat Pengantin Baru!" Semoga berbahagia ke akhir hayat!
Terkilan jugak sebab bila anak Mok Su yang sulung ni nak kahwin, tak dapat saya 'menyibukkan' diri pulak. InsyaAllah nak cari hadiah kahwin Jijie nanti di KL awal Mac ni.

2 comments:

Neeza Shahril said...

psstt... norma.. kalau dapat hadiah kawin dari arab, lagi best kan.. hehe..
suggestion saja.. apa benda yang dibeli disini orang tentu suka.. sebab.. ianya dari arab saudi!!

nj said...

neeza...
betul tu...tapi sebelum beli hadiah orang lain...nak cari 'hadiah' untuk diri sendiri dulu la nampaknya...hemm apa yg best kat sana tu ye?