Saturday, April 17, 2010

FARTHEST JOURNEY EVER....

Selesai cerita cuti...nak sambung pulak cerita ke Mekah. Sebenarnya...hajat nak tunaikan umrah sekali lagi ni dah dikhabarkan awal pada suami tercinta...sejak Januari baru ni lagi...sempena Tahun Baru dan sempena mengandung anak ke-empat...teringin nak ke Mekah dan menunaikan umrah sekali lagi sebelum bersalin.
Memandangkan Haswadi teramat sibuk dengan kerja sejak awal tahun 2010 sehinggalah beliau boleh bercuti bulan April ni....barulah hasrat tu tertunai. Nak minta pergi seorang diri dulu, Haswadi macam berat nak lepaskan...jadinya Norma kena lah bersabar sehingga waktu yang sesuai.

Tup-tup...semasa Haswadi merancang nak ke Qatar bawa anak-anak bercuti, dia selitkan juga agenda ke Mekah... apa lagi...seronok tak terkata lah Normanya...cuma memikirkan kandungan yang dah agak sarat ni....keseronokan dan hajat yang melambau tu dipendam sehingga betul-betul rasa yakin boleh tunaikan juga. Sebelum ke Qatar, dah beritahu awal-awal pada Haswadi, kalau saya tak larat nak ke Mekah kita pulang terus ke Jubail je la.

Haswadi seperti biasa, penyabar orangnya...apa aja yang Norma beritahu...di iakan aje...bersyukur dapat suami yang tak banyak cakap dan tak banyak soal ni. Semuanya okay belaka pada dia... Haswadi ikutkan aje Norma ni. Tetapi Norma beri syarat, kalau nak ke Mekah..."kita jangan rushing atau tergopoh gapah...lagipun kali ni kita travel sefamily aje...so boleh ikut timing sendiri. Bila-bila kita letih , kita berhenti dan rehat.
Bayangkanlah...journey from Qatar ke Mekah....dari bacaan GPS...lebih kurang 1480km jauhnya. Waduh!!!! jauh tu bang! Norma lebih kesiankan pada Haswadi sebab dia yang drive seorang diri. Setakat Norma cuma tak larat duduk dalam kereta lama-lama...kaki pun mudah sembab dan bengkak, dengan melayan 3 orang kanak-kanak ribena lagi. Kalau abah dah penat, ummi dah tak larat...kesian pulak mereka.
Since Haswadi dah janji...kita akan rehat secukupnya sepanjang perjalanan supaya matlamat menunaikan umrah kali kedua ni tercapai dan disempurnakan dengan selamatnya...Alhamdulillah.

So, pada hari ke-4 di Qatar, kami checked-out dari hotel jam 10 pagi. Sempat menyinggah ke satu dua tempat untuk belikan buah tangan buat kawan-kawan di Jubail ni. Tak dapatlah nak beli untuk semua orang, mana yang dapat aje la ye. Beli pun bukan apa sangat, Fridge-Magnet dan Sos Cili...jenama MAGGI...memang ada dijual di GIANT dan CARREFOUR di Doha ni. Selain dari tu, jumpa juga jenama KIMBALL dan LIFE...apasal le di Saudi ni tiada sos cili macam tu??

So lebih kurang jam 12 tengahari baru kami memulakan perjalanan Doha - Mekah....dengan perasaan puas hati dan berhati-hati....puas hati sebab, matlamat ke Qatar tercapai, Haswadi dapat bertemu 2 orang kawan semasa di PETRONAS dahulu dan kami dapat pusing-pusing bandar Doha dengan selamatnya. Berhati-hati pulak...sebab kami nak pastikan perjalanan ke Mekah berjalan dengan lancar dan selamat semuanya.

Dipendekkan cerita yang dah panjang ni, kami berhenti rehat dan tidur dengan selesanya di 2 tempat sebelum tiba ke destinasi Mekah. Mula-mula bermalam di Quwaiwiyah (tempat yang sama kami singgah semasa perjalanan Umrah pertama tahun lepas). Masa ni, Haswadi memang letih sungguh Norma lihat...tapi digagahkan juga untuk sampai ke Quwaiwiyah...lebih kurang jam 9 malam kami tiba di bandar ini. Kami masih menginap di hotel yang sama juga.

Keesokan pagi, setelah puas berehat dan tidur, kami meneruskan perjalanan ke Taif. Hajatnya kali ini nak menginap di Taif (bandar untuk Miqat Umrah dan Haji bagi jemaah yang datang dari bahagian Timur Arab Saudi). Jika jemaah dari Madinah dan Utara Mekah, Miqat Umrah dan Hajinya di tempat lain).

Seperti yang dirancang, kali ini kami hanya akan menunaikan Umrah sahaja di Mekah dan tiada ziarah...kerana terpaksa pulang ke Taif selepas itu. Sekali lagi kami berhenti rehat dan menginap di sebuah hotal Green Palace Plaza (Norma memang syorkan kepada sesiapa yang ingin menginap di Taif, untuk memilih hotel ini. Furnished apartment, ada yang 2 bilik hanya SR150 satu malam sahaja. Sangat selesa, luas dan bersih!) Bermalamlah kami 5 beranak pada hari Isnin dan bersedia untuk ke Mekah keesokan paginya.
sempat menonton kartun pagi sebelum ke Mekah tu. Ni bilik anak-anak di Green Palace Plaza yang kami sewa di Taif...luas...

Selepas Subuh, hari Selasa, kami bersiap dari hotel dalam berihram dan menuju ke tempat Miqat iaitu Miqat Wadi Mehrim yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Taif...lebih kurang 20 minit dari hotel. Sesampai di Miqat tersebut, kami sarapan pagi yang ringan sekadar roti dan air, berniat dan meneruskan perjalanan ke Mekah , lebih kurang 78km dari tempat tersebut.

Umrah kali ini, Haikal dikecualikan...kasihan melihatkan dia berihram kali pertama dulu...sampai tercicir dan tertanggal kain ihram...serabai aje ummi nengokkan...InsyaAllah Haikal dah besar sikit, tahun depan ke...ummi ihramkan Haikal ye...

Alhamdulillah tiba di pusat bandar Mekah lebih kurang jam 8 pagi. Agak lengang sedikit dan kebetulan Haswadi dapat mencari tempat letak kereta tak jauh dari Masjidil Haram...berjalanlah kami 5 beranak ke Masjidil Haram. Setelah mengangkat hadas kembali, menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid 2 rakaat di hadapan Kaabah, Alhamdulillah...kami memulakan ibadah umrah...lebih kurang jam 9 pagi.

Cuaca, sewaktu itu masih sejuk lagi walaupun matahari agak tinggi. Jemaah yang ada pun tidak sesak sangat. Dalam masa 25 minit, kami selesai tawaf dengan nikmat tidak terhingga kerana berpeluang bertawaf betul-betul di sisi Kaabah dan sempat menyentuh beberapa kali dinding Kaabah...sehinggakan Norma boleh memaut dinding Hijir Ismail setiap kali melalui kawasan tersebut.
Tak mahu berstokin pulak si cilik ni...

Selepas tawaf, terus ke Makam Ibrahim untuk solat sunat 2 rakaat. Norma dan Haswadi bergilir menjaga anak-anak di tangga Masjidil Haram kerana Norma berhajat nak solat di dalam Hijir Ismail, Alhamdulillah dapat tunaikan dengan tanpa apa-apa masalah langsung. Haswadi pula cuba mencium Hajarul Aswad, tetapi hanya mampu menyentuhnya sahaja.
'Peluh-jerut' masing-masing selepas tawaf...walaupun tak panas terik...

Tiba giliran Norma, mencuba juga tetapi dengan perut yang besar ini...dan disebabkan asakan sangat kuat di hadapan Hajarul Aswad tu....daripada membahayakan keadaan Norma, Norma mengalah. InsyaAllah di lain kali, Norma akan cuba lagi.

Selesai segalanya di dataran Kaabah, kami meneruskan Saie...Alhamdulillah kali ini anak-anak terkawal dan 'behave'...berkat doa kami berdua agar ibadah kali ini berjalan lancar. Lagipun kali ini kali kedua, masing-masing dah tahu apa yang akan dilakukan dan beberapa kali memesan kepada mereka agar berkelakuan baik sepanjang ibadah supaya ianya berjalan dengan mudah dan lancar. Alhamdulillah...berbanding yang pertama dahulu...kali ini ummi dan abah...tiada tekanan dan stress.

Di cebisan bukit Safa di dalam Masjidil Haram.
Masa ni memang kesian tengokkan anak-anak...dah penat tawaf dan saie...syukur alhamdulillah ketiga-tiganya tidak meragam atau merengek...baik sungguh...sehingga selesai, tapi air zam-zam penuh dah dalam perut tu, asyik singgah dan minum aje...kesian anak-anak ummi!

Kami selesai semuanya jam 11 pagi. Dihitung lebih kurang 2 jam sahaja berbanding Umrah pertama dahulu mengambil masa hampir 5 jam!!! Banyak penambahbaikan yang kami lakukan kali ini, InsyaAllah...ALLAH makbulkan. Cukup rehat, tidak tergesa-gesa, anak-anak pun dah semakin faham, masa atau waktu pagi yang sangat sesuai, kawasan masjid yang tidak sesak dengan jemaah dan sebagainya. Rezeki dan kurniaan ALLAH beri kali ini betul-betul berkesan di hati Norma... InsyaAllah jika berpeluang ke sana lagi, akan banyak lagi penambahbaikan yang akan Norma lakukan ... apapun perancangan dan pengalaman amat penting dalam apa jua perkara yang kita lakukan...InsyaAllah.

Sebelum meninggalkan Mekah, kami makan tengahari di D'Saji dan sempat berjumpa dengan blogger popular PDKM, Cik Li@Manzlie...sempat berborak sebentar, tetapi tak sempat bergambar dengan beliau.

Makanlah kami anak beranak sementara menunggu solat Zuhur. Selepas solat Zuhur di Masjidil Haram, kami terus pulang ke Taif dan berehat sebelum kembali pulang ke Jubail keesokan paginya.

11 comments:

myQza said...

seronoknya tgk gambar kak.

Allah permudahkan semua perjalanan dan kesihatan.

Anak-anak pun baik belaka tidak meragam.

Syukur..

nj said...

sitedi...
Alhamdulillah...tertunai hajat kak Norma sebelum bersalin ni...
Awak pun...jaga diri baik-baik ye...

MommYaLif said...

..wow that's a great trip....everything's well n smooth...Alhamdulillah..

tunbegia said...

sungguh sejuk mata memandang uoolss,

salamm norma,

nj said...

sis...
Alhamdulillah...experience is really helpful...

Tun...
Alhamdulillah...terima kasih...

nj said...

sis...
Alhamdulillah...experience is really helpful.

Tun...
Alhamdulillah...terima kasih...

Tepi Sungai Batu said...

Alhamdulillah......

nj said...

Pak Man...
Terima kasih...

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak norma....semoga akak sekeluarga selamat disana.... bestnya saya tengok akak sefamili pergi mekah.... keinginan saya makin membuak-buak....

nj said...

alimaz...
Terima kasih...
InsyaAllah ada rezeki tu.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam norma,

alhamdulillah! dapat buat umrah lagi..kak nab tumpang gembira!