Thursday, February 12, 2009

WARKAH SYAHDU...di dinihari

"Suhaib, di Hari Raya ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu, abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib. Abah juga terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang yang Suhaib suka.

"Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain. Abah terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya macam orang lain....."

Tgh malam ni...terasa syahdu sangat....apa taknya...semasa blog hopping sebentar tadi, ntah macamana terbaca satu blog (sepanjang jalan kenangan) yang mempunyai link kepada kisah-kisah keluarga tahanan ISA yang sudah bertahun-tahun terpisah daripada suami, ayah, abi, bapa mereka...

Tiba-tiba tersentuh sangat dengan kisah Suhaib ni... sudah hampir 7 tahun tidak dapat bersama-sama ayah tercintanya...sehinggakan kad raya terkini yang dikirim oleh ayahnya tidak mahu dibacanya lagi...kesian...sedih dan terharu membaca kisahnya...

Tak dapat bayangkan seorang anak lelaki seperti Suhaib yang dibesarkan tanpa seorang ayah...walau hakikatnya ayahnya "ada" tetapi "ditidakkan" kehadirannya di sisi keluarga! Betapa besar pengorbanan keluarga-keluarga seumpama mereka ini dan terdapat beberapa ramai lagi senasib dengan mereka....

Ada juga sebuah keluarga ini...mempunyai 5 orang anak dan umur si ibu sebaya dengan saya 35 tahun dan seorang surirumah sepenuh masa...ketika suami ditahan dan dikurung ISA...beliau hampir mati akal...tak tahu nak buat apa? Akhirnya dengan bantuan pelbagai "pihak" beliau bangkit dan meneruskan kehidupan tanpa suami di sisi. Kalau ini terjadi pada saya...mampukah saya memperolehi semangat sebegitu rupa?? Ini baru kepergian 3 bulan...anak baru 3 orang, haru biru dah jadinya...MasyaAllah!

Sementelah...di rumah ni...abah baru kepergian merantau 3 bulan, ummi dah agak pening kepala dan sakit kepala melayan kerenah-kerenah 3 orang permata hati...berbanding pahit getir Ummi Suhaib yang ditinggalkan selama 7 tahun membesarkan anak-anak seorang diri...

Ummi dan anak-anak masih mampu boleh "skype", "sms" dan "telefon" abah hampir setiap hari...tetapi Suhaib dan adik beradiknya ... hanya menerima sekeping kad raya setiap tahun...

Anak-anak di rumah sibuk menanyakan..."bila abah nak balik dari Arab ni...luthfil nak suruh abah belikan robot hebat untuk luthfil ni"...si adik haikal pun sibuk.."kalau abah bayik (balik)...adik nak suruh abah beli "bom" (bom ni adalah excavator atau jengkaut...yang diberikan nama "bom" oleh si haikal...permainan favoritenya!), cuma nadhrah aje tak merengek belikan mainan...."rah tak nak apa-apa, rah nak katil pink ajerr!" pulak....

Anak-anak mangsa ISA ni...tak boleh nak buat apa...hanya mampu merindui ayahanda tercinta dari kejauhan...tanpa menatap muka mahupun mendengar suara acapkalinya. Nak minta itu ini...jauh sekali...hanya mampu bersyukur dengan apa yang ada...

Tatkala menulis ini..airmata masih berderai-derai lagi...tak tahu kenapa jadi macam ni..padahal baru petang tadi terhibur dengan perjumpaan rakan taulan yang datang bertandang ke rumah. Agaknya tak sanggup menunggu lama lagi...baca pulak kisah-kisah sebegini....aduhhh sedihnya hati...baru aje si suami 3 bulan pergi dan InsyaAllah bakal kembali tidak lama lagi...tapi bila terkenangkan Suhaib dan keluarganya...menanti suatu yang tidak pasti!...sedih lagi....


3 comments:

en_me said...

hi akak norm tewww.. arini friday the 13th.. ati2 dijlnraya.. salamms dr me dikejauhannns

Fatin Baharum said...

owh..
puan, bg sy link blog tu..
nk jugak baca kisah ni..
nk search, takut take time..
btw, mcm sedih je, bkn mcm, mmg sedih..
tp, nk buat mcm mana kn..
cma psl tahanan isa ni, sy pnah tgk lam satu cerita kt tv..
more to documentary kot..
story psl tahanan isa..
time raya si ayah suap mkn kt anak²..
time i'ciew, si ayah ckp, sedih, dulu time keje, xpnah ada masa nk suap anak, dh masuk sana, rindu anak n suap..
same goes to anak dia..
mcm tu jgk..

:: kami anak perempuan mmg xnk mainan, :p ::

nj said...

me...so far Alhamdulillah...I'm still breathing...

fatin...saya tinjau ummuasiah2001.blogspot.com and then harakahdaily.net...
Tadi kat The Star ada sinopsis buku oleh Syed Husin Ali tahanan ISA 1974 for 6 years..."Two Faces: Detention without Trial"...I want to get one.