Sejak-sejak dah dapat jawatan baru kat Jubail ni, puan Purpleheart ala ala sibuk gitu...walaupun hanya jadi pencatat minit mesyuarat...tak tidur malam meng'edit' minit dan memerah otak cari idea.
Semenjak seminggu lalu, memang busy sungguh. Menghadiri hari Penyampaian Hadiah anak-anak (Recognition Day) di Mariya International School. Memenuhi jemputan ke rumah member dan ke kelas agama yang semakin seronok sebab Ustazah buat kelas panduan Umrah Sabtu kelmarin. Seronok betul...rasa macam jiwa dan raga dah ada kat depan pintu Kaabah dah....
Balik rumah tu diaaa.... sikit punya banyak baju bertimbun dalam bakul...dalam mesin basuh. Ni baru siapkan satu bakul berlipat dan bergosok....ada satu bakul lagi dan satu ampaian lagi....inilah akibat kalau tugas tugas hakiki yang sedikit terabai ... tak apa sekali sekala...
Hujung minggu baru lalu pula ke Khobar...sebab hati berkobar-kobar nak menjamu selera lagi di Malaysian Kitchen. Haswadi pun setuju dan seronok agaknya...sebab dapat makan bersama keluarga. Sebab sebelum kami sampai asyik datang dengan member-member 'bujang' je.
So layan aje la apa-apa sahaja gambar yang sempat diambil beberapa hari yang lalu...

Di kesempatan ini keluarga Purpleheart ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada keluarga Jamali dan isterinya Puan Wati yang kebetulan berada di Malaysian Kitchen petang itu...dan mereka ini dengan bermurah hati telah belanja makan petang kami di Malaysian Kitchen...tak sangka sungguh walaupun baru aje berkenalan sejam dua di situ, mereka belanja kami sekeluarga. Siapa punya 'lucky day' la Khamis lalu??? Ntah-ntah si Tedi tu tak??
Kebetulan rupa-rupanya Jamali dan Wati tinggal di Taman Selasih Perdana, Dungun...tidak jauh dari rumah kami di Sura Hujung tu...tak pernah kenal pun sebelum ini walaupun 'sekampung'. Anak-anak mereka juga satu Tadika dengan Nadhrah di Warisan Pintar, kecil sungguh dunia ni....di Jubail baru berkenalan. Terima kasih banyak, semoga Allah limpahkan rezeki pada kalian sekeluarga.

0 comments:
Post a Comment