Friday, July 3, 2009

RANCANGAN UMRAH & ZIARAH DR JUBAIL KE MEKAH



"Aku datang memenuhi panggilan-Mu. Ya Allah! Aku datang memenuhi panggilan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan kebesaran adalah untuk-Mu. Segala kerajaan kepunyaan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu."
Talbiyah Haji & Umrah...

InsyaAllah, rancangan ingin menunaikan ibadah Umrah bersama-sama rakan taulan di Jubail ini semakin nampak kesungguhannya. Dengan izin Allah, segala niat dan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Baitullah, Mekah Al-Mukkarammah bakal direalisasikan.

Malam tadi berlangsung mesyuarat ahli rombongan Umrah yang diadakan di kediaman Encik TaufiqCamry aka Taufiqwish dan Puan Shikin di Mahdood ini.

Butir-butir mesyuarat membincangkan, tarikh, waktu, perjalanan dan persediaan lain yang perlu dilakukan pada sesi rombongan ke Mekah nanti. Purpleheart telah diamanahkan menjadi pencatat minit mesyuarat dan membentangkannya di blog Purpleheart (sebab Norma hadir membawa buku nota...terus kena jadi tukang tulis). InsyaAllah, Norma akan menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin, kalau tidak Ketua Rombongan (Taufiqwish) pecat Norma untuk jadi pencatat di ekspedisi lain pulak...


Berikut disertakan maklumat perjalanan:

Program: Umrah & Ziarah dari Jubail ke Mekah dan Madinah
Tarikh: 14 Julai 2009 - 17 Julai 2009
Pengangkutan: Kenderaan Sendiri

Ahli Rombongan:

1. Encik Rahim Ali (TaufiqCamry) : (4 sekeluarga)

2. Encik Khairuldin Hasbullah (DinKayan) : (6 sekeluarga)
3. Encik Mohd Sufian Mohd Zin (PianKayan) : (6 sekeluarga)
4. Encik Zufai'zal Abu Hassan (Wenk) : (4 sekeluarga)
5. Tn Haji Shafie Ahmad (Haji Pie) : (5 sekeluarga)
6. Encik Muslisham Omar (Muslisham) : (5 sekeluarga)
7. Encik Rafiuddin Abdullah (Roy) : (3 sekeluarga)
8. Encik Haswadi Yusof (Haswadi) : (5 sekeluarga)

Itinerari (Agenda)

Selasa (14 Julai 2009)

2.00 ptg : Berkumpul di hadapan Apartment Encik TaufiqCamry

2.15 ptg : Bertolak

8.15 mlm : Tiba di Al Quwayiyah
-rehat, solat dan makan malam
-bermalam di motel (En DinKayan)

Rabu (15 Julai 2009)

5.00 pg : Bertolak dari Al Quwayiyah menuju ke Taif
-sarapan pagi

11.00 pg : Tiba di Taif
-rehat, solat dan makan tengahari
-Miqat


4.00 ptg : Bertolak ke Mekah

5.00 ptg : Tiba di Mekah
-Check-in di hotel (En Roy)

6.00 ptg : Melaksanakan Ibadah Umrah hingga selesai

10.00 mlm : Pulang ke hotel
-rehat dan tidur

Khamis (16 Julai 2009)

Lawatan sekitar Mekah (InsyaAllah akan diuruskan oleh pihak hotel. Itinerari akan dimaklumkan kemudian.

Jumaat (17 Julai 2009)

7.00 pg : Sebahagian rombongan akan bertolak pulang ke Jubail dan sebahagian lagi meneruskan perjalanan ke Madinah.


Di dalam merancang perjalanan, setiap ahli keluarga juga ditugaskan menyediakan makanan untuk makan malam semasa perjalanan di hari pertama, iaitu di perhentian pertama di Al Quwayiyah. Berikut adalah menu yang akan disediakan...bukan apa, takut lupa...

Nasi Putih Buang Wap akan disediakan oleh Puan Tina
Ayam goreng Westwind dan Timun Batang Sekotak oleh Puan Shikin
Ayam goreng Ibnu Zahr dan Telur Rebus Kasi Masak Jgn Koyak Kulit oleh Puan Jie
Sambal Ikan bilis Kaw Kaw Jgn Pedas Tau! oleh Puan Nina
Daging Goreng Zahraa Hiris Nipis Takut Liat oleh Puan As
Buah Epal, Pir dan Honeydew Jgn Potong Bawak Pisau Siap oleh Puan Fir
Rendang Ayam Gerenti Sedap Wa Cakap Lu! oleh Puan Purpleheart


Juga diingatkan kepada semua keluarga rombongan untuk menyediakan sendiri beberapa item penting dan munasabah yang mampu difikirkan...InsyaAllah. Jika ada boleh cadang & tambah..

1. Air minuman, ikut citarasa masing-masing.
2. Paper-plate and cup
3. Air 'mentah' (basuhan) agak-agak keperluan di kala kecemasan...
4. Gunting kecil untuk bertahallul...InsyaAllah
5. Peralatan mandi (sabun, berus gigi dsbnya) mengikut keperluan...
6. Makanan ringan yang sihat dan tidak mengancam kesihatan...
7. Tisu
8. Plastik sampah (sehelai dua je setiap keluarga)


Mesyuarat, Alhamdulillah bersurai pada jam 10.30 malam. Semua ahli mesyuarat telah juga dijamu makanan Mee Jawa Johor oleh tuan rumah, dan juga makanan yang dibawa oleh ahli lain, tapi yang ini dimakan sebelum mesyuarat dimulakan, Alhamdulillah.
Semoga tuan rumah dan puan rumah dilimpahi rezeki dan berkat oleh Allah Swt...
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memelihara kesejahteraan kita. Kita juga mengharapkan segala kebaikan dan kemudahan untuk perjalanan yang murni lagi diberkati ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Kita hanya mampu merancang, hanya Allah sahaja yang menentukan.
Yang utama matlamat kita itu dapat disempurnakan dengan baik dan diredhai oleh Allah SWT....Amin.

Mohon maaf jika terdapat kesalahan dan kesilapan pencatat minit ketika menunaikan tanggungjawab ini. Yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu di atas kelemahan diri saya sendiri...SubhanALLAH..

10 comments:

en_me said...

bestnyerr jalan jalan jejak rasul ghitewww.. uhuhu, salamm akak norma itteww dr me dikejauhannns

::ADleez:: said...

InsyaAllah semoga ape yg dirancang akan dimakbulkkan Allah S.W.T.... agak kecewa krn tdk dpt turut serta dlm ibadah kali ini... InsyaAllah di lain trip klu x aral blh join same..... ok la selamat berangkat ke tanah suci dan semoga amal ibadah kalian diterima Allah S.W.T...amin.....

mother of two said...

insyaallah semoga tercapai hajat semua..dan dipermudahkan olehNya.dan doakan agar sy dan family pun akak kesana satu hari nanti..

Edira Azreen Mustapha said...

Semoga perjalanan dipermudahkan...Nak sangat ikut...msti seronok...takpelah x de rezeki..( nampak sayu x?)

teddy_girl86 said...

Alhamdulillah sampai jga angah ke sana,insyaAllah...ermm kalo mak n maa saya x de rezeki gi haji tahun ni mak mungkin tahun depan pergi tunaikan umrah ngan Mak Tam kalo diberi rezeki..nnt sampai sana angah doakan kt org tau... =)

nya myra said...

nya : good job auntie norma!
semoga Allah permudahkan perjalanan + urusan kiter sume nanti, insyaAllah ..

nj said...

en_me...
InsyaAllah, en_me...

leeza...
terima kasih, InsyaAllah di lain masa ye...

shiela...
InsyaAllah, terima kasih...kalau travel, bolehlah singgah di Jubail ni.

Dira...
InsyaAllah, terima kasih...jgn sedih...next time...

Jijah...
InsyaAllah, terima kasih. Semoga orang Sentul dapat penuhi hajat tu...

Jie...
InsyaAllah, terima kasih. Nanti Auntie Norma ajar Nya tulis minit ye..

Edira Azreen Mustapha said...

lps baca blog kak norma jo nak palk g..hehehehhe...tapi tataula blh ke x last minit cmni...suma dah mesyuarat...lgpon bru nak apply cuti...mintak2la dipermudahkan...

kak ina kl said...

salam nj..wah bestnya muda-muda dah nak gi umrah...semuga ibadah ni dapat di jalankan dengan sebaiknya..bila lagi kan..dah dekat sangat..semuga selamat pergi dan selamat kembali.

Noor Aida said...

Cemburunya kak aida. Selamat menjalankan umrah. Banyaklah berdoa semasa tawaf dan sai untuk anak2 dna keluarga. Masuklah dalam hijir ismail dna berdoa bnyk sebab iti dikira dalm kawasan kaaba. Kalu gi Jabal Rahmah, naik atas bukit n berdoa agar norma n suami sentiasa berkasih sayang sehingga akhir hayat. ( tempat nabi Adam jumpa Hawa selepas dikeluarkan dari surga n selepas puas mencarinya di dunia akhir bertemu di Jabal Rahmah.)
Minum air zam2 banyak ok.