Monday, July 6, 2009

TAK ADA TAJUK!! (ini cerpen, sabar utk baca sampai habis)

Kisah ni adalah rentetan kepada satu peristiwa yang berlaku hampir sebulan lalu, dan ianya menghantui Norma kembali (aduhhh dahsyat sungguh bunyinya...macam tulis novel la pulak). Ini kisah benar dan Norma berdoa semoga ALLAH melindungi kami sekeluarga... Serba salah dibuatnya, tetapi sentiasalah bersangka baik dengan orang, SubhanaAllah minta jauhkan yang buruk.

Di sebelah apartment kami ni sedang dalam pembinaan sebuah apartment yang baru. Sejak Norma tiba Mac lalu, projek memang tak jalan...sehinggalah lewat Mei lalu, projek telah disambung dan semakin rancak. Tak kisahlah...sebab musim panas, kami pun tak keluar rumah...anak-anak pun tidak bermain di luar sangat.

Owner projek ni seorang Pak Arab, works as a Navy...di Naval Base, Jubail tak jauh dari sini. Haswadi memang pernah bertegur sapa dan berbual...Pak Arab ni pun bukan jenis yang konservatif...maksud Norma dengan Norma pun dia akan angguk kepala dan senyum...tak sombongla kiranya...walaupun masa tu isterinya ada bersama...so okayla kan.

Hampir sebulan yang lalu, di satu pagi sedang Norma menunggu van untuk ke Huwaylat Sports Center di Fanateer, Pak Arab ni datang ke tapak projek untuk melihat progress apartment dia semestinya. Norma kebetulan sudahpun membuka gate supaya senang nak lihat van dah sampai ke belum (sebab Norma tak suka driver van tu hon banyak kali...bingit telinga!).
Tetiba, Pak Arab tu memberi salam dan beliau berdiri dalam jarak 5-6 meter dari pintu pagar kami.


Dengan hati yang bersangka baik (harap-harap dia niat baik juga) Norma menjawab salam dan berdiri di depan pintu gate. Pak Arab tu memulakan perbualan:

Pak Arab: Where are you going?

Norma: Oh .. I am going to Huwaylat Center. Why?

Pak Arab: Why you want to go there?

Norma: To be with my friends...every week we will meet there to play sports.

Pak Arab: Where are you from? (padahal dah tanya Haswadi banyak kali dah tu)

Norma: Malaysia!...Have you been there? (boleh cakap English Pak Arab ni..)

Pak Arab: No! You like to stay in Saudi?

Norma: Yes and No...I don't like hot summer weather...(duhh). Women cannot drive here. So many things we cannot do ourselves here.

Pak Arab: I think you are Phillipines...


Norma: No No..I am truly a Malaysian...my husband is also a Malaysian...(dengan bangganya!)

Pak Arab: You work here?

Norma: No...here no...in my country, Malaysia I work... Your wife work?

Pak Arab: No..she stays at home (agak berterabur jugak grammar dia...tapi Norma tulis yg eloklah).

Norma: Your children...they go to school? My cildren go to Mariya...(saja memanjangkan topik keluarga sebab hati dah tak sedap...so ingatkan dia pasal anak bini dia...)

Pak Arab: What do you do in your country?

Norma: I teach...lecturer...(bila dia tak faham, Norma sambung)...I teach young people at a university. And I miss my work very much.

Pak Arab: If you want to go to Huwaylat, I can drive you there...see there, my car (sambil menunjukkan Land Cruiser putih dia, padahal Norma kenal dah kereta dia)

Norma: (dalam hati... pulakkkk...alamak...baik hati sungguh Pak Arab ni dan MODEN yang amat pulak! Tapi masa that moment, I felt something was wrong, masih ingat lagi dalam buku Girls of Riyadh...Saudi men do not talk to ladies!!! what more a foreigner like me! This Pak Arab was one of the odds) No...no...it is okay, I normally take that van...regular.

Pak Arab: If you can drive, you can take my car (sambil menunjukkan kunci kereta kat Norma...serius!!! masa ni Norma rasa macam nak menangis pun ada, nak jerit kat Nor-Azri kat tingkat atas rumah Norma pun ada...sebab hati dah mula takut...walaupun ada pekerja-pekerja kontrak kat sebelah aje. There and then I knew...and I just knew...that it was not good at all...and I need to end the conversation...why does Malkhan (driver van) takes so long to come and fetch me?? Mana la si Malkhan ni?)

Norma: No..no...you don't have to do that...

Pak Arab: Or maybe one day 'WE' can go and have coffee at Huwaylat... (MAAAAKKKKK!!!! ni Pak Arab dari mana ni?? Baru teringat...dia ni askar dan mungkin jenis yang tak kisah dengan Saudi culture. Konvensional!! Norma jadi lebih takut...apasal la jadi macam ni? Kalau tak jawab soalan tadi atau pintu pagar tak dibuka awal...mesti tak jadi macam ni...tapi Norma dah sedar akan hikmahnya!)

Norma: (with my loud voice...) WHAT??!! NOOOOO!!!!!! I can't do that...not with out my husband...

Pak Arab: (nak tahu apa dia jawab....) Today you are going out with your friends...so you can go out with me...

Norma: (HELLO!!!! ingat Norma ni siapa?? Nak keluar tak tentu pasal dengan orang...dengan Saudi Men lagi .... never in my dictionary la brader!!!) NO! (sambil mencapai beg dan menolak kerusi ke dinding dengan kuatnya...tanda nak protes)

Pak Arab: Can you give your number? (OVER!!!! manalah si Malkhan ni lambat bebenor la pulak pagi ni...saja nak buat cerita lagi menarik ni...sampai hati Malkhan datang lewat!)

Norma: Sorry! I don't know my number...my husband knows my number!

Pak Arab: (sambil mengeluarkan handphone dari poket bajunya) You take my number and give me a missed call...

Norma: What?? No...no..no...(ketika itu nampaklah muncung Innova si Malkhan dari hujung jalan) Sorry, my car is here already....I have to go. (sambil keluar pintu dan mengunci gate)

Pak Arab: Okay...okay... (sambil berlalu dengan cepat ke tapak projek apartment beliau...takut gamaknya si Malkhan nampak dia berbual dan bagi tahu dengan Haswadi)

Selepas daripada insiden itu...setiap kali terserempak dengan kereta dia atau dia sendiri...I never looked up or even have the guts to face him EVER!!! Even the story create hatred to Haswadi. Haswadi kata "apasal tak bagi nombor abang??" Ah ahh...betul gak kan...tapi Norma 'panik' dah pagi tu...tak sangka 'friendly' sungguh Pak Arab tu!.

Ni cerita terkini pulak...

Petang kelmarin...ye petang kelmarin...loceng pintu berbunyi 2 kali, seperti biasa Luthfil Hasif berlari nak jawab Interkom...bila dengar Luthfil spoke in English, Norma ingat landlord Abu Ibrahim atau adik lelaki dia yang nak check tangki air kat depan rumah tu...so biarkan Luthfil jawab, "My father is not home...he is at the office." Tapi lepas letak phone tu, Luthfil kata nak buka gate sebab adik Abu Ibrahim nak tengok paip depan rumah.

Norma wonder jugak...air ada..apasal nak check paip pulak...tapi seperti biasa...belum sempat cakap apa-apa, Luthfil dah keluar nak buka gate.

Selang beberapa minit, Luthfil berlari masuk, "Ummi..bukan Abu Ibrahim, bukan adik dia...ada Pak Arab nak cakap dengan 'mother' or 'baba'..."

Siapalah pulak ni?
Norma sarung abaya dan pakai tudung dan keluar. Bila buka aje pintu gate tu...ALLAH!!! Pak Arab tu lagi...dia sedang memegang extension wire kat tangan....Norma berdiri balik pintu aje...tolak pintu sikit...gaya nak tutup.

Norma: Yes...what can I do for you?

Pak Arab: The neighbour there (tunjuk rumah sebelah kanan) not home, I need to use the power point. You have?

Norma: Err...emmm...yes but my husband is not home yet...I cannot ask him and I cannot allow you. You can try the power point under the staircase there...(sambil menunjukkan gate besar di tengah apartment, sebab gate tu digunakan oleh penyewa apartment as a common entrance. Kat bawah tu ada satu point...Norma pernah perasan)

Pak Arab: I just need to use for a short minute...(sambil cuba menjenguk ke dalam pagar)

Norma: I know, but my husband is not around...I am so sorry. You try the staircase there....(I do not want to sound rude to him, yet I need to be firm of my decision...what more he is just a guy next door. Ikut hati nak aje terus tutup pintu. Bila dia dah pindah kat sebelah ni nanti kan susah kalau 'kurang ajar' macam tu. So Norma kata sorry aje)

Lepas dia beredar ke tangga apartment, Norma terus tutup pintu pagar, kunci dan masuk ke rumah. First thing I did was to message haswadi what has happened. Haswadi tak jawab...selang 10 minit agaknya...Haswadi dah sampai rumah. Cepatnya my hero came to the rescue...macam Superman pulak.

"Abang baca tak sms saya" tanya Norma.

"Abang nampak dia kat luar tadi dengan wayar tu...tapi bila abang turun kereta dia tak cakap apa pun kat abang" jawab Haswadi.

"La pulak...tadi dia beria nak guna power point...dia tak sambung ke kat tangga tu abang?" tanya Norma lagi. "

Kalau dia cucuk point kat bawah tangga tu...takdok la air kat apartment kita ni...tu point utk plug tangki...mana buleh cabut" jawab Haswadi panjang lebar.

Alamak...'buta' elektrik sungguh Norma ni...mana lah Norma tahu point tu untuk apa....yang Norma tahu ada point aje...
So kisah kelmarin berlalu begitu sahaja.

Ni cerita pagi ni jam 6.45 pagi, semasa Haswadi dan Norma sedang sarapan. Bunyi loceng pintu 2 kali...

"Sudah....sapa pulak pagi-pagi dah picit loceng ni?" tanya Norma... Biasa kalau Haswadi ada kat rumah...hanya dia aje yang akan jawab interkom...kalau Luthfil ada dia akan jawab dulu...tapi sebab Luthfil tidur lagi...Haswadi tak jawab pulak pagi ni..
"Abang...tu Interkom bunyi tu...Azri kut bang nak tumpang kereta gi kerja kut." kata Norma.

"Kalau Azri, dia telefon doh malam tadi nak naik sekali..." kata Haswadi...

"Mesti mamat Arab tu la...sapa lagi..." teka Haswadi dengan mimik muka agak boring...

"Alamak macam mana ni abang?" serius Norma telan kopi pagi tadi rasa macam tak masuk tekak tau...takut punya pasal...dah la Haswadi nak pergi kerja...macam mana ni?

Loceng pintu berbunyi jumlah 8 kali...ye 8 kali...tapi si Haswadi buat dekkk aje...sambil makan dan minum...Norma yang jadi macam cacing kepanasan...Haswadi boleh rilek aje...

So Norma bagi idea kat Haswadi...we really had a serius morning talk over breakfast... I told Haswadi, "kalau kita nak jadi jiran yang baik...baik sangka kat orang...kita benarkan dia guna tapi ada syarat....abang yang pasangkan sebelum pergi kerja, dan you tell him that he only can pull it out (the plug) when Haswadi comes back home after work!..." Norma tak benarkan dia masuk sehingga abang balik...period!!!

Haswadi angkat muka kat Norma...setelah 'mute' beberapa minit...sehingga dia habis makan salami sandwich... "Tak payah!...tok sah duk layan mamat tu...biarkan" tegas Haswadi.

"Abang...jangan kejam sampai macam tu...saya tahu kali ni memang betul dia nak guna elektrik...tapi kena betul-betul cakap kat dia...you will do it all. Petang nanti abang akan cabut balik wayar tu..." I explained.
Loceng berbunyi 2 kali lagi...telinga Norma dah bingit...hati dah tak berapa nak sedap. Bila Haswadi selesai makan, dia bingkas bangun...tapi masih diam.

Norma cakap sekali lagi, "Abang...kalau abang tak respon, seriously this Pak Arab will keep asking for help even after you went to work...abang nak macam tu? Lagi teruk...abang tak ada kat rumah" sambung Norma lagi.. "Dari petang kelmarin dia nak minta tolong kita. Betul kut dia dalam susah."

"Tak apalah abang...kita cuba bersangka baik kali ini, mungkin betul dia nak minta tolong, saya tak ada masalah...tapi saya tak nak dah jumpa dia...abang sahaja yang cakap...dan abang sahaja yang buat...mana tahu...lepas ni dia bagi satu bakul emas kat kita (eh...apa yg aku cakap ni?? tolong orang nak harap balas ke?? MasyaAllah...tak ada niat sampai macam tu...tapi nak buat sedapkan hati sebenarnya...lagi pun nak suruh Haswadi puas hati dengan alasan Norma)."

"(Haswadi tergelak!)...ye la tu sebakul emas...sapa nak bagi?" kata Haswadi.

Akhirnya...waktu dah agak lewat untuk Haswadi ke kerja...dan gerenti Pak Arab tu masih kat luar pagar...menanti sesuatu...yang pasti minta dijauhkan dia bukan 'menanti' Norma!!!

Aduhhh....Norma tak pernah rasa takut seumur hidup macam ni. Gerun lagi. Ya ALLAH minta dijauhkan segala niat buruk, hal buruk dan keadaan buruk dari keluarga kami. Harapnya Pak Arab tu kali ni memang betul perlukan pertolongan kami. Jika ALLAH izinkan, maka memang niat Pak Arab tu pagi ini memang memerlukan bantuan kami..dan jika ALLAH izinkan pagi ini, kami dapat membantu beliau...biarpun apa yang telah berlaku sebelum ini...sentiasa fikir positif! positif! dan positif! Jika ada keburukan, Ya ALLAH minta dijauhkan....dari hambaMu yang lemah ini!!!

Bila aje dengar Haswadi keluar dari pagar....terdengar perbualan yang agak kuat...gaduh ke??? Mintak mintak jangan!!!
Haswadi masuk semula dalam pagar dan menarik wayar putih extension yang Pak Arab tu pegang kelmarin, lega hati Norma sebab Haswadi tak 'serang' Pak Arab tu...sebab Norma tahu...Haswadi nampak aje macam tu...tak banyak cakap...konon macam marah...tapi hati dia baik...dan Haswadi memang baik!! ALLAH izinkan segalanya pagi ini...Alhamdulillah.

"Abang dah cakap dengan Pak Arab tu tunggu abang balik petang baru boleh cabut balik wayar?" tanya Norma sebab nak lihat reaksi Haswadi.

"Doh...abang doh cakap...nah tolong cucukkan plug ni...dekat plug 110 tu..." minta Haswadi.


Alhamdulillah, dapat juga kami hulurkan bantuan pada orang pagi ini, walaupun orang yang kita tak sanggup nak jumpa, sambil Norma menarik wayar tu melalui tingkap ruang makan ke dinding. Haswadi pun terus berlalu...tak tahulah dia tolong dengan perasaan geram atau tiada perasaan...Norma harap Haswadi tiada perasaan ketika itu! Kalau geram...tak tahula apa akan jadi pagi tadi.

Norma pun rasa lega sebab Pak Arab tu takkan 'ganggu' lagi Norma semasa ketiadaan Haswadi.


Tak sabar rasanya nak tunggu Haswadi balik dan menamatkan episod hari ini!!!

Moral of the story:

Nampaknya...setiap yang berlaku itu ada sebabnya. ALLAH granted every tiny little thing for a reason. HE tested us in many ways and it is up to us to handle those events on our way...BUT with HIS 'consent' and with HIS 'guidance'!

Yang betul Norma pelajari untuk buat teladan ialah...
  • SENTIASA ingat yang ALLAH akan bersama-sama dengan kita jika kita SENTIASA ingat akanNYA.
  • SENTIASA berhati-hati dan berjaga-jaga dengan orang yang kita tak kenal.
  • Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan!
  • Sangka baik dengan orang yang baru kita kenali tapi ...letakkan sedikit ruang keraguan di hati...supaya kita sentiasa berhati-hati.

Terutama wanita seperti Norma...yang konon ala ala berani, tapi certain situations...kena extra careful. Norma dah terbiasa ramah dengan semua orang, dah biasa dengan pelajar-pelajar yang ramai, rakan-rakan yang ramai...dah biasa...kalau jadi pensyarah...tak bercakap...teruk lah...mesti pelajar tak suka...sebab bila tanya soalan...diam aje kan. Bila pelajar minta tolong, Norma tak pernah mengelak...walau ada seminit dua aje untuk mereka...Norma mesti bantu. Bila pelajar ajak sembang waktu waktu santai, Norma layan aje...biar pun nak cerita yang pak we dah tinggalkan dia...(kelakar budak2 UiTM ni kengkadang).
Yang pasti hidup Norma meriah...dengan segala macam pengalaman orang...pengalaman diri sendiri melalui pelbagai episod dalam hidup.

13 comments:

nya myra said...

kalo pak arab tuh ngorat auntie norma lg, kabo kat nya, geng bas sekolah nya ramai nih , anytime buleh gi karate pak arab tuh .. !!

nj said...

nya...
terima kasih la nya nak lawan pak arab tu...nya tunjuk aje gigi nya tu...gerenti Pak Arab tu lari lintang pukang.
Nya...Nya pesan kat ibu Nya...kalau muka macam auntie norma pun Pak Arab boleh nak ngorat...apatah lagi muka macam ibu Nya yang cantik menawan tu...Nya belikan niqab tutup muka utk ibu tau...

Edira Azreen Mustapha said...

beraninya pak arab tuh!!ni nak marah nih...dahla ala2 nak curang ngan bini sdri...carila anak dara..ni apsal g kacau bini org??kak norma ada 'aura'kot...

mother of two said...

mmg cerita ini benar..kat sini pn sama ajer.mintak2 dijauhkan dari segala musibab ini.

nj said...

dira...
ya betul!...aura ye...aura asam tumis, sambal tumis, kurma ayam, nasi lemak dari rumah ni ada la...agaknya tiap2 kali kak norma masak kat dapur tu dia duk ambil bau je ye...

shiela...
ya ke? kalau wajah cun cam shiela ala ala Karisma Kapoor tu memang logik kena ngorat tapi tara kak norma ni...ish ish buang masa je...heheheee

eiyda said...

ish..ish kak norma..takutnyer!!
pernah jugak jadi gitu kt eiyda satu masa dulu..sib baik takde apa2..jadi sekarang ni kalau ada org tekan loceng pintu dok diam2 jer dlm umah pekakkan telinga jangan bukak..

en_me said...

hi akak norm yg jeliter tewww.. salammm

nj said...

eiyda...
takut kan? kita perlu berhati-hati dengan siapa yang kita jumpa...tapi...tak lama lagi rumah dia siap...jangan dia pindah duduk sebelah rumah kak norma tu sudah...

en_me...
terima kasih jenguk cerpen norma ye...jelita?? Memang Norma suka baca majalah Jelita...heheheee

tulipurple said...

seram sy baca..maklum ler mcm2 dgr citer pak arab nie...take care ek sis,be xtra carefull..moga sis sekeluarga dilindungi-Nya sentiasa.

nj said...

TP...
InsyaAllah, kami perlu sentiasa berhati-hati...maklumlah tempat orang kan...tak sama tempat sendiri...

Edira Azreen Mustapha said...

satula lagi aganya pak arab tuh tergoda ngan org ala2 montok n bergetah tambah lagi bwk beg coach!!!

Neeza Shahril said...

ngeri cerita ni. Setakat ni tak pernah kena lagi.. neighbor arab bawah ni ok. Pernah borak dengan neeza tapi takde lah tanya soalan maut... Dia pun pernah tolong neeza yang terkunci kat luar gate tapi setakat tu je lah. takde pulak dia offer nak tolong yang lain2.. Semoga kita semua dilindungi Allah kan Norma..

nj said...

Dira...
ko menambah komen lak ye...saje nak ngusik kak norma....jaga ko!

Neeza...
Bagusnya jiran mcm tu...yg kat sebelah ni sah sah mcm nak ambil kesempatan...haswadi pun dah hangin satu badan!...norma yg takut