Lokasi: Madinah
Selain dapat menyempurnakan ibadah Umrah buat julung kalinya, perjalanan kami juga telah dilanjutkan ke Madinah Al Munawwarah, iaitu tempat di mana Rasululullah SAW telah berhijrah setelah keluar dari Mekah. Satu perjalanan yang singkat namun amat bererti. Sepanjang perjalanan di dalam kereta dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa lebih kurang 4 jam, Haswadi tidak putus-putus membayangkan bagaimana Rasulullah berhijrah pada zamannya dari Kota mekah ke Kota Madinah dengan hanya menaiki unta dan berjalan kaki...melalui bukit bukau dan padang pasir batu-batan di bawah panas terik mentari.
Bangunan Tabung Haji Malaysia di kota Madinah...
Misi utama rombongan lelaki ke Madinah ialah untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi...Alhamdulillah, disempurnakan dengan lancarnya.
"Okay...jangan lama-lama tau...15 minit aje," kata pemandu van kepada ahli rombongan...
Haswadi: "Mana boleh muat van pak cik tu...kita bawak balik tandan ni aje dah la...buahnya kita beli kat Dates Market je..."

Masjid Quba diambil nama sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah.

Dari kiri; Tina, Norma dan Syikin...yang mengambil gambar ialah As, terima kasih As...
Haikal: "Tok Ki...apasal Tok Ki duduk tepi pintu ni sambil gosok gigi tu?"
Tok Ki: "Sapa sapa budak nakal yang lompat sana sini dalam masjid, tok ki tangkap dan tok ki berus gigi mereka dengan kayu sugi ni...."
Haikal: "Adik tak nakal...adik dah gosok gigi...."

Tok Ki: "Sapa sapa budak nakal yang lompat sana sini dalam masjid, tok ki tangkap dan tok ki berus gigi mereka dengan kayu sugi ni...."
Haikal: "Adik tak nakal...adik dah gosok gigi...."

Haikal: "Alah Cah....relaks lah...'peace'...sekali sekala gambar berdua tak salah kan? Abah kita tak marah...dulu masa abah ngan ummi kita muda-muda pun selalu amik gambar berdua..."



Semoga perjalanan ini menjadi perjalanan bermakna buat semua ahli rombongan. Walaupun masa amat singkat dan terhad...namun kami semua berpuas hati dan jika boleh ingin kembali lagi ke sini...InsyaAllah...
7 comments:
alhamdulillah akak norma itteww.. salamm dr me dikejauhannnns..
seronoknye entah bile nak sampai, tengah kumpul fulus, jangka 2011 pi hj, doakan..
salam puan..
kurma tu mcm sedap.
boleh terus petik then makan situ jugak x?
sangat la fresh kurma tu.
bese jarang jumpa. bukan jarang, xpnah jumpe.
jumpa pon dh kecut pny, hehe..
alhmdulillah, dh slmt pg, slamat pulang. :)
en_me...
salam buat en_me...
9w2SOJ...
selamat datang!
selamat menunaikan haji...InsyaAllah pasti ada rezeki dr ALLAH...
Fatin...
memang segar bugar kurma tu...geram je nengok...tapi tak leh makan kat situ...tapi saya beli kat kurma market ... fresh jugak...
salam norma..ya allah seronoknya tenguk mekah ni...bilalah akak nak sampai ni..jelouslah tenguk orang muda dah sampai..akak yang nak menoupse ni tak sampai lagi...
kak ina kl...
InsyaAllah ada rezeki dan peluang tu mesti akak akan sampai!
Salam nj...
Salam ziarah...KN baru terjumpa blog Purple Heart pagi ni. Enjoy reading all your entries...taking away a lot of my time!!
Gonna add you to my list..ok.Keep writing!!
Post a Comment