Tarikh: 14 Julai 2009 - 16 Julai 2009
Lokasi: Mekah
Alhamdulillah, saat-saat terindah yang dinantikan telah pun terlaksana. Sempurna sudah hajat menunaikan Umrah di Mekah. Tiada yang dapat diucapkan dengan kata-kata melainkan mengucapkan Syukur ke Hadrat Illahi di atas ‘kurniaan’ yang tidak terhingga dariNya. Terasa sungguh diri ini kerdil di sisiNya....kagum dengan segala ciptaannya....kagum dengan segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya...bersyukur dengan rezeki kurnianNya. Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi sepanjang perjalanan selama 5 hari pergi dan balik tersebut. Ianya akan menjadi satu catatan baru di dalam ruang hidup Norma.
Bergambar di hadapan hotel persinggahan pertama di Al Guwaiyiyah...6 jam dari Jubail..
Jemaah cilik dari Jubail yang bersemangat nak ke Mekah...apa la agaknya ada kat sana ye??
Di tempat Miqat di Taif...
Hotel Muhajirin...penginapan kami di Mekah. Pengurusnya Saudara Azman, orang Perak yang sudah 30 tahun di Mekah. Terima kasih tidak terhingga kerana melayan kami sepanjang tempoh kami di sana. InsyaAllah trip ke Mekah selepas ini Norma ambil gambar dengan Saudara Azman...
Di lobi Hotel Muhajirin, Mekah...sebelum memulakan ibadah Umrah...
Norma berdoa agar pengalaman terindah buat kali pertamanya di Baitullah bukanlah pengalaman yang terakhir buat Norma dan keluarga kerana jauh di sudut hati kecil Norma ini telahpun menanam azam dan semangat untuk ke Baitullah lagi. Sudah pun dikhabarkan pada Haswadi hasrat hati ini berulang kali, tentu tidak dihampakannya....Norma tahu sangat...itulah Haswadi!
Bergambar kenangan sekeluarga di hadapan Kaabah...selesai tawaf
Haikal bersama ayah angkat kesayangannya ... tak mau ambil gambar dengan kami, tapi ngan Uncle Taufiq naaak!
Selesai Saie...minum air zam-zam...berliter-liter kami sekeluarga habiskan...
Syukur kepada Allah SWT kerana ibadat ini dapat dilaksanakan bersama-sama anak-anak walaupun mereka masih kecil lagi. Banyak pengalaman dan cabaran menyempurnakan ibadat Umrah ini terutama bersama-sama melayan kerenah anak-anak yang masih kecil. Namun, pada Norma itulah antara pengalaman dan pengorbanan tidak ternilai kepada insan yang bergelar ibu seperti Norma ini kepada anak-anak Norma. Semoga anak-anak Norma menjadi insan soleh dan solehah dan jadikan pengalaman pertama ini sebagai panduan untuk kehidupan di masa mendatang....InsyaAllah kita pasti akan ke sana lagi.
Di atas cebisan batu Bukit Marwah yang masih ada di dalam Baitullah...anak-anak suka sangat main kat sini..
Di dalam Masjidil Haram selepas solat Isyak bersama kawan, Syikin...menanti suami-suami tercinta kat 'check-point'
Norma juga berharap agar pengalaman di Baitullah menjadikan Norma seorang anak, isteri, adik, rakan dan ummi yang lebih baik daripada sebelum ini. Buat Haswadi, suami tercinta Norma...terima kasih tidak terhingga dan kasih sayang tidak berbelah bagi di atas segala pengorbanan beliau untuk kami sekeluarga. Buat rakan-rakan serombongan juga, ucapan penghargaan dan terima kasih kerana bersama-sama susah payah dan senang bersama sepanjang perjalanan ke Mekah dan Madinah.
Menikmati Aiskrim Mekah yang lazat....di sekitar Masjidil Haram....awal pagi subuh lagi gerai dah dibuka...
Mengabadikan kenangan di hadapan Masjidil Haram...
Bersama suami tercinta...semoga berkekalan ke hujung nyawa...mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan Masjidil Haram...
Betapa bersyukurnya kita tatkala ini...Bersyukur di atas nikmatNya...
7 comments:
alhamdulillah....selesai dah segalanya dgn penuh syukur dan rahmah.menitis airmata ini membaca,moga sy juga akan dpt jemputan drNya menjadi tetamu ke sana.
Alhamdulillah...selesai n selamat segalanya...jah yg rasa exited nak menjadi tetamu-Nya di sana..
alhamdulillah...
tunggu gak kak norma sms bila dah spi dr Madinah,tp bila dah tau dr As semua dah selamat sampai dah ok dah...mungkin akak penat...anyway,moga umrah kita kali ni boleh bawa satu perubahan yg baik utk kita semua...InsyaALLAH
Once again, Umrah makbollah... pasti terasa nak pergi lagi kan...
TP...
InsyaAllah...satu hari nanti...pasti...
Jijah...
InsyaAllah kalau ada niat tu...usaha...Allah makbulkan...
Dira...
InsyaAllah...nanti kita gi lagi ye...
neeza...
Hati melambau-lambau nak ke sana lagi...terima kasih..
Alhamdulillah selamat mengerjakan umrah. Cemburu kak aida tengok norma bawa anak2 sekali. Semuga dapat "jemputan" lagi kesana.
kak aida...
InsyaAllah moga kak Aida boleh juga ke sini sekeluarga dengan anak2. Norma kebetulan peluang berada di sini...Alhamdulillah. Cek Wei pencen nanti boleh buat haji sekali lagi....
Post a Comment