Tuesday, June 23, 2009

ADA APA DENGAN IDA NERINA DAN NORMAWATI??

Ada apa dengan Ida Nerina? Beliau adalah antara pelakon wanita yang memang handal dalam lakonan...setiap watak yang diberikan pada beliau baik watak baik, jahat atau kurang siuman sekalipun beliau tetap boleh jalankan 'tugas' tersebut dengan cemerlang sekali.

Terkejut apabila terbaca kisah kemalangan yang menimpa beliau semasa blog 'hopping' tadi. Yang paling menarik perhatian Norma ialah kemalangan patah tulang belakang akibat terjatuh di kondominium beliau kelmarin.


Nak cerita berkenaan hal patah ni...melalui pengalaman Norma sendiri yang pernah patah dua tulang pergelangan kaki kiri tanggal 1 Ogos 2008 yang lalu. Sebab yang Norma patah pun amat mudah sekali...hanya tergelincir kaki di lantai licin dan jatuh menyebabkan 2 tulang di pergelangan kaki patah. Akibat dari peristiwa itu Norma bertongkat penuh selama hampir 2 bulan dan separa bertongkat (sebelah) selama sebulan.


Kalau ceritakan pada yang ingin tahu mesti macam tak percaya yang sebab terjatuh sedikit tu boleh patah tulang!... Inilah hakikatnya, walaupun selepas kejadian patah tulang tu, ramai jugalah yang membuat 'diagnosis' mereka sendiri yang menyatakan berat badan adalah antara punca utama kenapa sampai patah tulang bila jatuh...maklumlah Norma ni bersaiz besar gedabak gitu...


Tapi bila baca kisah si Ida Nerina ni yang boleh dikategorikan kurus 'melengking' pun boleh patah tulang belakang tu...apa cerita??
Betul ke teori 'doktor-doktor' sekelian yang orang yang bertubuh besar akan mudah patah tulang bila jatuh???

Pada hemat Norma yang amat cetek ilmu sains dan biologi ni, yang ada hanya pengalaman patah tulang kaki aje!!!, 'teknik' jatuh kadang-kadang boleh menjadi punca patah tulang di mana sahaja bahagian anggota badan yang ada. Selain faktor utama iaitu tulang rapuh atau oestoporosis... Namun begitu kesan oestoporosis ni banyak berlaku apabila umur menginjak ke lewat usia, kesan boleh juga pada kalangan wanita yang kurang amalkan kalsium dalam diet mereka, warga tua dan Michelle Yeoh!! (lawak je...Michelle Yeoh siap terbelah dua lagi badan dia sebab tak ambil kalsium!...iklan...iklan ANLENE tu).


InsyaAllah kalau kita pastikan kita mengambil sejumlah kalsium dan protin yang mencukupi untuk badan kita, kita mungkin akan dapat mengurangkan risiko patah ini..

Kembali pada 'teknik' jatuh tadi, kemalangan patah tulang kaki yang Norma alami dahulu tu seingat Norma yang masih waras lagi ni...adalah disebabkan keadaan kaki kiri Norma ketika jatuh.

Semasa tergelincir pagi Ogos tu, Norma telah cuba menarik semula kedua-dua kaki yang melorot ke hadapan dan cuba untuk berdiri semula namun malang tidak berbau belum pun sempat kaki kiri Norma ditegakkan kembali, Norma dah terlepas cengkaman kaki kiri disebabkan lantai licin dek embun pagi (jam 7pg, Jumaat...nak ke belakang rumah siram pokok!) dan terusss BERDERRRRRAAAAPPPPPP!!!

MasyaAllah kuatnya bunyi tulang tu patah...dah la waktu pagi hujung minggu (di Terengganu, cuti Jumaat & Sabtu), suasana hening pagi yang damai tu seakan diterjah dengan bunyi tulang patah dan jeritan 'manja' si Normawati ini.

Masa tu ALLAH YANG MAHA BERKUASA sahaja yang tahu betapa terkejutnya dan tidak semena-mena Norma telah pasti...dan memang pasti...TULANGKU PATAH JUAAAA....sampai dua pulak tu....semuanya akibat 'teknik' jatuh yang kurang cantik...
Moral of the story, bila kita nak jatuh tu...lepaskan sahaja graviti yang ada...of course kalau jatuh kita akan jatuh ke bawah, dan bukan jatuh ke atas. Kalaulah pagi itu Norma biarkan aje graviti menjalankan 'tugas' hakikinya...InsyaAllah takkan ada sekeping besi dan 6 batang skrew dalam tubuh ku ini... Inilah qada' dan qadar ALLAH swt...yang telah 'merubah' hidup insan bernama Normawati.
Ini gambar semasa Raya 2008, selepas 2 bulan 'kemalangan', masih bertongkat satu.

Alhamdulillah sekarang dah kembali normal...dah boleh pun berlari dan bermain badminton. So...Norma boleh bayangkan bagaimana Ida Nerina boleh jatuh sampai patah tulang belakang tu...unless she has got her own health problem...or maybe the fall was terrible for her to handle, or maybe something hard and heavy fell on her back...or something else. Let the doctor diagnose her and find out what exactly has happened...or if we could ask Ida Nerina herself...I won't be surprised if she has got the same practical reason of her fall just like what I've pointed out... My empathy to her and really hope she'll recover soon...and how I wish I could share some of my experiences with her on the recovery... Wallhuallam... So bacalah keratan akhbar BERITA HARIAN ONLINE pasal Ida Nerina patah tulang belakang ni...

Ida Nerina patah tulang belakang jatuh di kediaman

Ida Nerina

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Ida Nerina terjatuh di kediamannya, sebuah kondominium di Persiaran Syed Putra di sini, kelmarin, mengakibatkan tulang belakangnya patah.

Difahamkan, kejadian yang turut mengakibatkan kedua-dua kakinya berkemungkinan lumpuh itu berlaku sejurus selepas pelakon yang juga tenaga pengajar program realiti Akademi Fantasia bagi musim ketujuh (AF7) itu pulang daripada menjalani lakonan teater di ibu kota.

Ida atau nama sebenarnya Ida Nerina Hussain kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

9 comments:

Mrs Rafiuddin said...

Uish,As boleh bayangkan dalam kepala macammana keadaan kak norma masa jatuh tu..Ya Allah,mesti sakit gila..
Dan tak boleh nak bayangkan macammana buat kerja rumah dan lain-lain kerja dalam masa bertongkat tu..

Tpi betul semua qada dan qadar dari Allah s.w..t...

Alhamdulillah,sekarang dah kehulu kehilir dah kak norma nih..Hehe..Kuat betul semangat berjuang!!

nj said...

as...
"Cukuplah Sekali"...macam tajuk lagu plak eh...serik dan INSAF kak Norma. As jaga keselamatan diri baik-baik tau!

kak ina kl said...

salam norma..takutkan bila jatuh..akak pernah jatuh tapi mcm nangka busuk..sakitnya peranakan..kena cari tukang urut baru okey...

tulah sebabnya kena minum susu hari-hari..

::ADleez:: said...

alamak...lps ni kene mnm susu banyak...udah ler sy ni 'takut: susu...hehhe...
ape2 kak nj skang dh kembali aktif .. bile nak p gym????renang2 ka...lps ni leh cr swimming suit plak...hehheeh...

nj said...

Kak Ina...
Kita minum susu dulu!!! Betul kak Ina...Norma serik bab jatuh-jatuh ni...sebab takut tersilap mcm dulu tu...

Leeza...
Swimming suit?? Tersembol bijik mata awak kalau kak norma pakai...silap haribulan leh pengsan wooo....kak norma tak nak angkat...heheheee

eiyda said...

ish..gerun eiyda mendengar bab2 patah tulang ni..mintak la dijauhkan oleh Nya..nasib baik kak norma da sembuh sepenuhnya..

manlaksam said...

Patah tulang?.....ohh mintak dijauhkan.
Dapat Pak Man bayangkan betapa sakitnya........

en_me said...

dan me bacer paper smlm kata umie aida bilang ada orang nak pinang dia .. ghitewww

nj said...

eiyda...
Alhamdulillah kak norma skrg dah okay..awk jaga diri baik2..

Pak Man...
Norma dah okay ALhamdulillah...Pak Man jaga kesihatan baik-baik ye...

en_me...
pulak...hehehe yang itu Umie Aida takleh lawan kak Norma dia ni...kita dah lama dulu kena pinang...kuang kuang kuang