Wednesday, June 17, 2009

SELAMAT HARI LAHIR MAK!

Hari ini harijadi mak Norma, Rahmah binti Dagang. Norma nak coretkan ucapan ini di dalam blog Norma ni sebab mak pun baca blog ni...
Mak lahir pada 18 Jun tahun 1951...jadinya tahun ni mak Norma sudah mencecah 58 tahun...
Adik (panggilan manja Norma di rumah) dan keluarga di sini ucapkan Selamat Hari Lahir pada mak, semoga Allah panjangkan umur mak, pelihara kesihatan mak, pelihara kesejahteraan mak dan ketenangan mak. Adik pasti mereka mereka di sekeliling mak tatkala ini adalah orang-orang yang senantiasa menggembirakan hati mak dan menyayangi mak. Adik dan keluarga di sini mampu mendoakan mak untuk segala kesihatan dan kesejahteraan mak. Kami di sini semuanya merindui dan menyayangi mak.
Gambar mak dengan Luthfil Hasif, masa ni saiz Luthfil dah nak macam nenek dah ye...

Kalau di Dungun tu, 5 jam je Haswadi bawak kereta dapat jumpa mak...bila dah duduk sini payah dah la mak. InsyaAllah panjang umur dan ada rezeki, tahun depan kita dapat berjumpa kembali...
Mesti Naqiuddin (cucu sulung mak) belikan mak kek harijadi tahun ni...sebab tahun lepas dia tak beli...dia kata tahun ni...ada ke tu?

9 comments:

Neeza Shahril said...

Happy Birthday Mak.. semoga Mak sihat dan happy selalu..

Mak sebaya Ma Neeza la Norma.. beza bulan je..

Cik Peesha said...

Happy birthday to Nenek ...

My mom pun same age with ur mom ... wonder why age I x sama with yours? hehehehe

::ADleez:: said...

SELAMAT ULANGTAHUN UTK MAK KAK NORMA...;)

SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI SELALU SERTA DIKURNIAKAN KESIHATAN YG BAIK..AMIN...

nj said...

MAK...mesti mak suka tahun ni ada kawan-kawan adik pun ucap Selamat Hari Lahir kat mak...senyum ye mak...

neeza...
terima kasih atas ucapan...
..umur kita pun sama kan...

peesha..
terima kasih atas ucapan...
betui ka? hang saja mengada nak jadi muda sikit..hehehee

leeza...
terima kasih atas ucapan...InsyaAllah semoga semua mak kita sihat sejahtera...

Noor Aida said...

Semuga ALLAH panjangkan umur mak Norma, dikurniakan kesihatan fizikal dan minda dan muga dipertemukan kembali dengan "adik".

Call her n say " I LUV U " n that will be the best b'day present for any mom. But dont wait to say it only on b'day. Call/sms her sebelum kita nanti tidak blh sms / call her anymore.

Baru ni mak kak aida datang ke Dungun. Kak Aida paling bahagia - melayan makan minum dia dan baru ni belikan mak kak Aida tudung Arianni (rm 100 per piece ) - it seems every female staff in UITMT is wearing this tudung now.

nj said...

kak aida...
Rindunyerr ngan kak aida. Semoga kak aida sefamily sihat belaka... Wah! Anggun la mak kak aida dgn tudung Ariani...
Macam ni boleh buka kiosk Ariani kat Dungun tu...
Thanx for your advice n thoughts...

yginsaf4 said...

kasih mak membawa kesyurga, kasih bapak takdok tolok bandingnya.. hepi besday mak akak norma ittewww.. salammm dr me dikejauhannns

teddy_girl86 said...

semalam k.long wat surprise utk mak..beli kek n kfc...so kt org n jiran2 celebrate sesama..kecoh la umah sentul semalam..heee..kalo angah ada lg kecoh..heee..mak ada cerita yg angah call wish birthday mak..mak memang happy la semalam..biasa la sambil tu sedih la..

nj said...

en_me..
terima kasih atas ucapan tu...jauhnya mak norma kan..

jijah...
wah! sakan le sambut hari jadi tu...seronoknya..