Saturday, June 13, 2009

EXAM WEEK...


Jam kat lappy ni dah 12.44 tgh malam... beberapa minit lagi dah masuk hari Sabtu...permulaan minggu untuk kami yang tinggal di Arab Saudi ni. Sabtu 13 June kejap lagi mulalah minggu peperiksaan anak-anak kat rumah ni. Mariya International School baru nak mula exam week...sekolah lain macam JIS (Jubail International School) dah mula dari minggu lepas. Anak-anak pun baru di level rendah lagi...masih KGI dan KGII, tapi umminya risau macam exam kat universiti...bukan apa risau sebab first time exam kat Arab Saudi, nak-nak pulak kurikulum dan silibus yang berbeza daripada sistem sekolah di Malaysia.

2 hari lalu (weekend) berkurung semuanya sekali...bukannya belajar atau ulangkaji sepanjang waktu...hanya mahu pastikan semua anak-anak spend masa sepenuhnya di rumah, so boleh susun dan urus masa ulangkaji, masa tengok TV dan masa main game!...umminya tak adala kejam sangat sampai kurung dan sekat aktiviti lain...tapi bila dah di rumah sahaja ... bolehlah selit aktiviti santai mereka dan mereka punya banyak masa rehat.
Examnya nampak mudah sebab di sekolah Mariya ni teachers bekalkan silibus yang masuk exam sahaja. Mengalahkan silibus kat UiTM tu lagi... siap dengan topik page by page mana yang akan ditanya dalam exam...tapi cara ini kengkadang buatkan ummi jadi 'menggelabah' sebab contohnya Luthfil...putera seorang ni agak kurang fokus sikit...fikiran boleh merewang ke tempat lain kalau belajar...buat sesuatu pun kurang tekun...bila dah dapat silibus, ummi yang pressure sebab takut Luthfil tak boleh concentrate... tapi bila tengok soalan Luthfil boleh jawab, cuma lambat sedikit...ambil masa sebab fikiran dia akan 'pusing' satu Arab Saudi sebelum jumpa jawapan...
Nadhrah pulak tak ada masalah...cuma bila beri soalan untuk ulangkaji ala-ala soalan peperiksaan, sibuk nak jawab cepat tapi tak baca instruction, so bila jawab...salah! alahai...

Memang mencabar betul dengan anak-anak ni...mengajar anak orang lain masa kat UiTM tu sempoi....walaupun setiap kali peperiksaan akhir, Puan Norma jugalah antara yang lebih berdebor...tapi depan students, Puan Norma maintain cool...sebab tak nak takutkan mereka. Kata-kata semangat dan dorongan memang tak pernah putus dari mulut ni setiap kali jumpa students...dan yang paling syahdu, students Puan Norma ni selalu akan datang berjumpa untuk mohon maaf dan minta halalkan ilmu yang mereka perolehi daripada kita...bagus budak-budak ni...ya la, mak bapak jauh...so pensyarah-pensyarah ajela tempat mengadu. Hampir setiap tibanya peperiksaan akhir, biasanya setiap fakulti akan buat sembahyang hajat dan bacaan Yaasin untuk menyambut musim peperiksaan...masa ni pensyarah-pensyarah pun ikut serta untuk lebih memberkati lagi ilmu yang telah dicurahkan pada pelajar-pelajar ini.

InsyaAllah, semoga anak-anak ummi boleh buat exam dengan lancarnya esok...Ameen...

3 comments:

Anonymous said...

insyaAllah anak-anak kak norma cerdik2 belaka kannns.. salamms

Neeza Shahril said...

dulu neeza pun macam norma.. bila anak2 nak exam, neeza terlebih berdebor.. di ISG, neeza tka berdebor langsung sebab neeza sendiri tak sure bila exam diorang. sebabnya, memang diorang takde final pun.. diorang ada multiple exams yang sama rata je markahnya.. so, parents tak dibagi tahu.. ada pro and cons jugak sebenarnya...

Insyaallah, anak2 norma boleh buat exam ni...


pssttt.. semalam, kita pergi khemah.. borong baju hehee..

nj said...

en_me...
InsyaAllah...masin mulut me...

neeza...
kita tahu awk borong sakannn...nasib baik tak bawak balik dengan khemah2 tu sekali...ahakksss