Friday, June 12, 2009

PERANG BLOG ANAK BERANAK...


Ni bukan main perang-perang yang gaduh-gaduh tu...saja nak bagi tahu...norma dan anak-anak dah naik 'gila' dengan web http://btemplates.com sebab banyak sungguh template blog yang berkenan di hati. Terbaru, Norma cemburu dengan Nadhrah sebab dia pilih template "stroberi"...kalau ikutkan ejaan tu salah tapi MasyaAllah kalau nengokkan blognya...alahai...comel sangat. So norma create blog tu khas untuk Nadhrah...

Si abang Luthfil dah syok kat template "Lamborghini"...memang kelas...hitam menawan..so ummi pun create le blog si abang juga. Janji dengan anak-anak, during summer break selama hampir 3 bulan ni, aktiviti di rumah ialah menulis blog...so ummi akan tutor macamana nak uruskan blog masing-masing. Di senarai blog list sebelah kanan blog norma ni dah letak siap-siap link blog anak-anak.

Masing-masing tak sabar nak habiskan exam dalam 2 minggu ni sebab nak 'memblog' katanya...ada jadi macam cyber cafe le rumah kuning kat Mahdood ni...

Abah pun kena involve jugak sebab...kat rumah ada 2 je laptop...yang nak guna 3 orang...so bahagian abah pulak kena 'cari' satu lagi komputer le kan...kalau tak, memang 'perang' habis-habisan kami anak-beranak 3 bulan ni...alahai...

4 comments:

:: Leeza Joe :: said...

perang!!!!!!!!!!!
hbs camno dgn xtvt aerobik futsal???
seme dok dlm umah perang blog je la....adushhhh..;)

nj said...

leeza...
akak pun tongah poning ni ha...camno nak beraerobik cuti sekolah ni???
sobab itu den lancarkan 'perang blog' ni ha...alahai..

Anonymous said...

cakp pasal perang, mesti ada yg kuasa veto tewww.. ekeke

nj said...

en_me...
yg paling besau le menang...heheheee