Saturday, August 8, 2009

THIS IS IT!!!

Salam semua!!!

Purpleheart is back!!!
Lebih 10 hari tidak 'berbunyi'... bukan melarikan diri atau menghilangkan diri tetapi Norma tetap ada di sini...di Jubail ... dah lah entry terakhir tu pasal kisah sakit...ramai betul yang bertanya mana perginya Norma...terutama kaum keluarga dan rakan taulan di Malaysia yang sedikit panik kerana 'mencari' Norma!!!
Alhamdulillah Norma okay...sihat walafiat ... Kak Long Norma sampai message dalam Facebook suruh call Malaysia...sebab mak risaukan 'adik' ni ha... "Adik sihat dah mak!...InsyaAllah nanti adik telefon mak!"
Blog kengkawan Alhamdulillah...ada yang sempat Norma baca...tapi tak dapat nak komen...maklumlah baca kat Handphone sebelum tidur...sebab itu aje masa yang Norma ada untuk diri Norma seminggu lalu...
Nak jawab komen kengkawan dalam entri sebelum ini memang tak ada peluang...cuma Norma nak ucapkan terima kasih di atas segala 'perhatian' kalian kat 'Purpleheart' ni... You all memang da bomb!!!

Kesibukan...
Alkisahnya, demam hari tu berlarutan lebih kurang 4 hari...kemudian sihat dah. Yang membuatkan sibuk sebenarnya ialah persediaan jamuan "Breakfast at the House!" untuk menjemput rakan-rakan Malaysia di Jubail ini ke rumah. Sejak 5 bulan lalu berada di sini, inilah kali pertama kami berpeluang menjemput keluarga-keluarga Malaysia di Jubail ini ke rumah. Itu pun tak mampu nak jemput semua...sebabnya dah ramai keluarga...kalau nak dititip satu persatu...memang bukak khemah depan rumahle jawabnya...
Alhamdulillah jamuan sudah selesai dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir...
Tuan rumah amat berpuas hati dengan sambutan...dan rasa sungguh teruja dengan kehadiran rakan-rakan dan timbul rasa nak buat lagi...sekali-sekala berkumpul memang banyak cerita.
Sayangnya...gambar satu pun Norma tak ambil...nak pegang kamera pun tak sempat lah...
Norma juga memohon maaf jika ada yang kekurangan semasa jamuan tempoh hari.
Terima kasih tidak terhingga juga dengan pelbagai juadah 'buah tangan' yang dibawa....macam-macam...opor daging Kuantan, daging kambing masak serai, sandwich tuna dan telur, kek berlapis-lapis, buah-buahan, banana puding, lasagna, kek span, kek vanilla n choc, koktail custard desert, nuggets untuk kanak-kanak, homemade dadih, bun n pastry, dan....eh ada lagi ke?? Maafle kalau Norma tertinggal nak sebutkan 'buah tangan' yang lain...

Ramadhan Akan Tiba...
Tidak lama lagi akan tiba bulan mulia, bulan Ramadhan. Teruja menantikan bulan tersebut terutama kerana menyambutnya kali pertama di Arab Saudi ini. Pengalaman berpuasa dan beraya di rantauan ni bukan kali pertama, tetapi berpuasa di negara barat tentunya tidak sama dengan berpuasa dan beraya di Arab Saudi ni. Tetapi itu sudah lama...lebih 10 tahun yang lalu, semasa muda remaja lagi...sekarang ni dah ber anak tiga!

Hujung minggu lalu sempat membaca akhbar Saudi Gazette, tertarik dengan kisah pembantu rumah warga asing di Saudi ini....ketika menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri...antara kisah menarik dalam artikel tersebut:
*bulan Ramadhan, bayaran untuk pembantu rumah dinaikkan kerana difahamkan mereka ini akan kerja lebih masa dan lebih segalanya....bulan Ramadhan adalah bulan yang sibuk untuk keluarga-keluarga Saudi.
*tidak ramai pembantu rumah akan menawarkan perkhidmatan tiba bulan ini kerana sudah tahu 'kesulitan' yang bakal dialami.
*keluarga Saudi ada yang makan sahur macam makan untuk jamuan Raya! banyak dan pelbagai...so housemaid ni penat!
*ada pulak aduan dari pembantu rumah, waktu sahur...majikan hanya mahu disediakan 'beans' yakni makanan kekacang sahaja!!! mana boleh tahan perut berpuasa sepanjang hari dengan makan kacang sahaja untuk sahur!
*ada keluarga yang waktu Iftar (berbuka) makan berkali-kali dengan juadah yang berlainan. Jadinya pembantu rumah kena pandai masak dan larat untuk masak sepanjang malam!!!
*juga difahamkan, pembantu rumah diminta berjaga sepanjang malam selepas waktu berbuka sehingga waktu bersahur untuk membuat juadah dan boleh tidur pada waktu siang....burung hantu ke apa???

So bila dah macam-macam kerenah majikan Saudi ni....ramai pembantu rumah warga asing terutama dari Indoensia dan Filipina ini sanggup tidak bekerja sepanjang Ramadhan dan tinggal dengan agen masing-masing kerana tidak 'mampu' bekerja...tetapi agen dari kalangan warga Saudi ni...ada ke nak layan??!!....

Sedikit Tazkirah...
Terfikir pulak Norma dan mengimbau pengalaman puasa di tanahair...kita diingatkan pada bulan ini janganlah pulak membazir, janganlah pulak berlebih-lebihan terutama ketika bersahur dan berbuka...takut ibadat murni ini akan membawa bencana pulak...sakit dan sebagainya sebab terlebih makan. Tambahan, peringatan sebegitu juga bagi kita mengenangkan orang-orang yang dalam kesusahan yang tidak cukup makan dan tidak mampu untuk makan yanng sedap-sedap dan mewah-mewah...
Pendek kata bulan Ramadhan di Malaysia selalu mengingatkan kita akan kesusahan orang lain. Berpada-pada dalam sambutan perayaan dan elakkan daripada pembaziran.

Nampaknya, di Saudi lain ceritanya...semasa bulan Ramadhan inilah mereka sakan menjamu selera sehinggakan tak tidur sepanjang malam menyediakan makanan....itu kata wartawan di akhbar Saudi Gazette....bukan kata Norma...sebabnya Norma sendiri pun belum merasai suasana berpuasa di sini lagi...so tak sabar menantinya....InsyaAllah.

4 comments:

Neeza Shahril said...

amboi amboi.. nasi baik burung tak buat sarang.. tapi sempat gak lak spider pasang web kan hehee. Alhamdulillah, norma dah sihat. Majlis makan2 pun dah selesai. Boleh dikatakan sangat success lah. Syukur kami pun dapat makan kenyang nasi minyak sedap tu. Lain kali, boleh buat lagi huhuuuuu...

pasal pembantu rumah tu kan, kak sharimah kata, di bahrain, a month before puasa, ramai housemaid lari dari rumah sebab tak sanggup kerja ramadhan.. sabar je kan..

nj said...

neeza...
Dah hampir nak tertutup spider web tu...hahahaaa...
Semoga Neeza selamat berpindah...

Memang betul mcm yg maid neeza cerita kat Norma pasal bulan puasa di sini...

::ADleez:: said...

ime kasih byk kt kak norm n haswady sbb dtg rmh tu hr n ajar cara2 guna oven tuu..klu idok x berasap ler oven saye ni...hhehe..pas2 jamuan tu hr mmg la beshhh wa cakap luu..teringat ns myk kerteh...time kasih daun keladi...rajin2 buat ler majlis lagi....hehhehehe...

yg psl maid ni x atau nak ckp...tp psl kes bazir di saudi ni mmg saya rs the most pembazir tahap gaban adalah saudian...krn bkn aje bln pose...bln x pose pon depa suke bazirr...ini adalah fakta..bukan auta!!!

nj said...

leeza...
All the best dgn oven awak tu...bukan tolong apa pun tolong bagi confident kat awak nak 'tembak' api tu je ha...dapat upah donut lak tu...len kali kalau agak2 benda lain tak menyala dlm rumah tu panggil kami lagi tau...errr...roti jala ke, cheese cake pun tak pe!!!

kak norma boleh caya fakta tu...pengalaman makan khabsa atau nasi mandhi...